AMPANG, 16 Dis ― Sebuah kereta Myvi yang dibeli sebulan lalu dan sepersalinan baju kahwin seorang wanita lesap dicuri, kelmarin.
Tengku Nur Hashima Tengku Azmi, 25, menyedari kehilangan itu sewaktu ketika mahu ke tempat kerja, pada 8 pagi, lapor Harian Metro.
Pegawai penilai syarikat swasta itu berkata keretanya yang diparkir depan apartmentnya di Ampang Mewah ditinggalkan berkunci.
“Saya terkilan kerana kehilangan kereta itu turut menyebabkan pakaian persalinan saya yang dirancang pada Februari ini turut lenyap.
“Saya meletakkan persalinan itu di dalam kenderaan itu,” katanya, yang membuat aduan di balai polis Ampang.
Reda jika kereta itu tidak dapat semula, namun Nur Hashima berharap mendapat persalinan itu kerana persiapan majlis perkahwinan hampir selesai.
Dia berkata kali terakhir menggunakan kereta itu Selasa lalu ketika pulang ke kampung halamannya.
Sumber Biar kereta hilang, wanita mahu baju kahwin dipulang semula