Fatphobia: Jangan diskriminasi wanita gemuk!

Paris melancarkan kempen menentang diskriminasi terhadap wanita bersaiz besar menerusi kempen 'Fatphobia, berhenti! Bertindak bersama'.

Kempen tersebut dilancarkan pada Jumaat yang turut berdebat dan berbincang mengenai masalah berat badan berlebihan.

Ketua anti diskriminasi Paris, Helene Bidard memperkenalkan idea tersebut selepas dia menjadi mangsa diskriminasi dan penghinaan kerana bersaiz besar.

Tegas beliau, orang bersaiz besar tidak perlu dihukum dan tidak wajar diabaikan.

“Kita lihat orang gemuk sebagai hodoh malah tidak bijak, kurang bersih dan tidak sihat. Saya yakin Fathphobia telah bertindak.

"Ini kerana dengan mengangkat masalah yang berkaitan Fatphobia ia akan menimbulkan kesedaran di sekelilingnya,” ujarnya.

Tambahnya, tujuan kempen itu dilancarkan menentang diskriminasi di sebalik peningkatan kadar obesiti di Perancis.

"Saya fikir paradoks Perancis  wanita terutamanya, anda perlu bersesuaian, anda mesti sangat elegan, anda tidak bersolek tetapi sangat elegan. Itulah cara Paris.

Tetapi pada masa sama, anda harus menjadi tukang masak yang hebat, anda juga perlu makan makanan yang baik.

Ini adalah paradoks Perancis yang makan foie gras tetapi  tidak boleh mendapat lemak, tetapi ya, wanita Perancis akan gemuk ,” katanya lagi.

Institut Kesihatan dan Penyeledikan perubatan Nasioanl melaporkan, hampir 16 peratus daripada populasi dewasa mengalami obesiti tahun lalu, berbanding 6 peratus pada 1980.



Sumber Fatphobia: Jangan diskriminasi wanita gemuk!

Post a Comment

Previous Post Next Post