Big Bang Dah Pilihkan Nama Anak Taeyang

Pengumuman Taeyang pada Isnin lalu berkongsi mengenai dia bakal berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, aktres dan model Min Hyo Rin tidak lama lagi, mendapat perhatian ramai peminat.

Baru-baru ini satu video yang dimuat naik di internet menjadi bualan ramai. Video tersebut mengenai pertanyaan Taeyang kepada anggota Big Bang yang lain iaitu T.O.P, GDragon, Daesung dan Seungri, meminta cadangan nama yang sesuai untuk diberikan kepada bakal anaknya kelak.

Sementara semua orang sedang berfikir, Daesung yang pertama memberikan idea. Katanya, jika penyanyi yang popular dengan lagu Eyes, Lips, Nose itu dikurniakan anak perempuan, dia mencadangkan nama Dong Seoyang.

"Nama terakhir Taeyang Dong. Jadi saya mencadangkan nama Dong Seoyang (bermaksud Timur dan Barat) jadi dia boleh memiliki satu dunia," seloroh Daesung.

Kemudian GDragon pula berkata,

"Kalau anak lelaki, saya cadangkan Dong Gubat (satu ladang di dalam bandar)," celahnya.

Sementara T.O.P tiba-tiba menerka cadangan yang agak melucukan dan nama yang menarik.

"Saya fikir satu suku kata lagi cantik. Jadi, Dong Jeon (duit syiling). Nama Inggerisnya boleh disebut Coin.

Manakala Seungri yang dari tadi berdiam kerana fokus memikir tiba-tiba berkata,

"Taeyang bermaksud matahari, jadi apa kata kalau Dalee (bulan) Dong Da Lee?

Perbualan kelima-lima bintang kesayangan ramai ini tidak terhenti di situ saja. T.O.P tiba-tiba sekali lagi memberikan cadangan,

"Kalau anak lelaki, apa kata Dong Katsu (danging khinzir)," katanya.

Ahli lain terus ketawa dan GDragon kemudiannya berkata,

"Kita adalah negara timur yang penuh dengan kesopanan dan adab, jadi bagaimana kalau nama Dongbang Ye Yiji Gook (eastern nation of decency and manners).

..

Taeyang dan Min Hyo Rin dijangka bakal melangsungkan hari perkahwinan mereka pada 3 Februari 2018 selepas menjalin ciinta selama empat tahun.



Sumber Big Bang Dah Pilihkan Nama Anak Taeyang

Post a Comment

Previous Post Next Post