Pujuk Anak-Anak, Brat Pitt Belikan 6 Pokok Krismas

Tahun ini Brad Pitt memang tidak lagi menyambut hari Natal sebagai seorang suami namun impiannya mahu meraikan dengan enam orang anaknya, akan menjadi kenyataan.

Sebelum ini, peluang Brad Pitt mahu beraya dengan anak-anaknya dikatakan tipis ekoran prosiding hak penjagaan anak-anak dengan bekas pasangannya, Angelina Jolie, namun dia mendapat peluang itu.

Justeru Pitt mahu memastikan dia mengunakan kesempatan itu sebaik-baiknya dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak merosakan hari gembiranya.

"Dia tidak melihat apa-apa yang salah untuknya berbelanja untuk anak-anak pada hari Krismas ini. Ini termasuk membelikan enam pokok Krismas (satu untuk setiap anak) yang dipenuhi dengan hadiah.

"Anak-anak yang kecil sentiasa menyayangi bapa mereka, tetapi yang sudah remaja seperti Maddox dan Pax, mereka mengambil sedikit masa untuk mempercayai dia (Brad) sekali lagi.

"Jadi Brad sedaya upaya berusaha memastikan masa bersama mereka sangat istimewa. Dia benar-benar pening!,"kata sumber seperti yang dilaporkan HollywoodLife.com

Persetujuan yang dibuat Brad dan Angelina ialah mereka secara bergilir menghabiskan masa cuti dengan anak-anak.

"Dia (Brad) takut dia akan menghabiskan percutian seorang diri itu sahaja. Tetapi Angie bersetuju dan merasakan anak-anak harus bersama ayah mereka. Angie akan bersama mereka pada malam Krismas dan dan Brad bersama mereka pada sebelah siang di hari Krismas, itulah hadiah terbaik yang pernah dia minta," tutur sumber.

"Dia (Brad) tidak sabar untuk membuktikan kepada seluruh keluarganya bahawa dia berubah menjadi lebih baik," tambah sumber berkenaan.



Sumber Pujuk Anak-Anak, Brat Pitt Belikan 6 Pokok Krismas

Post a Comment

Previous Post Next Post