PELAKON drama Syurga Yang Kedua, Siti Elizad memberitahu, masih belum ada rezeki untuknya mempunyai zuriat.
Elizad ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
Menurut Elizad, walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman, dia seakan-akan sudah lali apabila kerap diajukan soalan mengenai cahaya mata
"Saya tidak terasa kerana hubungan saya dengan anak-anak tiri rapat. Masing-masing berusia 14 dan 11 tahun dan kami semua sudah macam sahabat.
"Bagi saya senang sahaja, kalau Allah bagi rezeki maka adalah. Bukan kita tidak cuba.
"Mereka yang kata saya tidak mahu anak sebab terlalu sibuk dengan kerjaya itu salah. Hakikatnya mereka sendiri tidak tahu usaha saya.
"Kalau ada saya gembira, kalau belum kita ‘rilex’ sahaja. Buat apa nak beri tekanan pada diri? Semuanya bergantung pada rezeki," katanya.
Elizad ditemui selepas majlis pelancaran drama adaptasi sinetron Indonesia, Syurga Yang Kedua baru-baru ini.
Syurga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.
Sumber 'Bukan tak cuba, cuma belum ada rezeki' - Siti Elizad
Elizad ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
Menurut Elizad, walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman, dia seakan-akan sudah lali apabila kerap diajukan soalan mengenai cahaya mata
"Saya tidak terasa kerana hubungan saya dengan anak-anak tiri rapat. Masing-masing berusia 14 dan 11 tahun dan kami semua sudah macam sahabat.
"Bagi saya senang sahaja, kalau Allah bagi rezeki maka adalah. Bukan kita tidak cuba.
"Mereka yang kata saya tidak mahu anak sebab terlalu sibuk dengan kerjaya itu salah. Hakikatnya mereka sendiri tidak tahu usaha saya.
"Kalau ada saya gembira, kalau belum kita ‘rilex’ sahaja. Buat apa nak beri tekanan pada diri? Semuanya bergantung pada rezeki," katanya.
Elizad ditemui selepas majlis pelancaran drama adaptasi sinetron Indonesia, Syurga Yang Kedua baru-baru ini.
BACA: "MANA ADA MASALAH, HUBUNGAN SAYA & SUAMI OKAY," - SITI ELIZAD
Selain Elizad, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.Syurga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.
Foto: Instagram @elizadsharifuddin
Sumber 'Bukan tak cuba, cuma belum ada rezeki' - Siti Elizad
Tags:
Hiburan AA+