PELAKON Desperate Housewives, Eva Longoria hamil dengan anak pertamanya bersama suami Jose Baston.
Sumber Eva Longoria hamil 4 bulan, dibanjiri ucapan tahniah di media sosial
Menurut portal hiburan dan gaya hidup People, wakil Eva mengesahkan berita tersebut, dan dikatakan hamil anak lelaki empat bulan.
Eva, 42 tahun, dan Jose, 49 tahun, bertunang pada 2015 di Dubai.
Mereka berkahwin pada Mei 2016 di Mexico.Jose Baston, yang mempunyai tiga anak daripada perkahwinan pertamanya, merupakan presiden syarikat multimedia Telivisa di Amerika Latin.
Beberapa jam sebelum berita mengenai kehamilannya dilaporkan, Eva memuat naik gambar di laman Instagram dengan kapsyen "He makes me blush #TuesdayMood".
Walaupun tidak mengumumkan berita itu melalui posnya, pengikut Eva mula membanjiri bahagian komen dengan ucapan tahniah.
Sumber Eva Longoria hamil 4 bulan, dibanjiri ucapan tahniah di media sosial
Tags:
Hiburan AA+