5 Teknik Mudah Tarik Trafik Power ke Website.

Semakin hari, semakin ramai pengguna Facebook di dunia.  Facebook adalah antara rangkaian sosial yang mempunyai ramai trafik. Agak rugi kalau anda tidak gunakannya untuk tarik trafik ke website anda.

Jika anda baru sahaja membina website, sudah tentu tiada lagi trafik yang masuk. Jadi, cara paling pantas untuk tarik trafik ke website anda adalah dengan menggunakan Facebook. Anda boleh bina fanpage untuk kumpulkan audiens yang pernah ke website anda.

Pastikan anda berikan maklumat dan perkongsian yang bermanfaat untuk mereka. Sampaikannya dalam bentuk yang unik dan kerap luangkan masa untuk berkomunikasi dengan mereka.  Dengan cara ini, mereka akan suka dengan brand anda seterusnya menjadi pelanggan setia bisnes anda.

Michael Hyatt dalam bukunya Platform mengariskan panduan untuk menarik traffi ke website dengan mudah. Berikut merupakan teknik yang dipersembahkan dalam buku tulisnya kepada para usahawan di luar sana.

#1- Tingkatkan Frekuensi Blog

Untuk selalu dekat dengan pelanggan atau pengunjung blog anda, anda mestilah meningkatkan frekuensi blog supaya blog anda sentiasa meriah dengan pelbagai content. Apabila ada post baru, peminat blog teruja. Mereka pasti mahu baca. Cuma berapa kali patut anda update blog?

Mengikut Michael, hasil survey yang dilakukan oleh beliau mendapati jumlah optimum content baru adalah 3x seminggu. Bagi Michael, dia memilih untuk menghasilkan dua artikel baru. Ditambah satu podcast. Ataupun gambar. Jadi dia ada tiga content baru seminggu

Anda boleh pelbagaikan content contohnya mengabungkan gambar, content, video dan audio. Buatkan satu list dan garis panduan supaya anda matlamat anda tidak tersasar.

  • 2 artikel + 1 video
  • 1 artikel + 1 gambar + 1kata-kata hikmah
  • 1 artikel + 1 audio + 1 video

#2-Jumlah Perkataan Optimum

Ada satu kajian yang dijalankan oleh Brian Dean dan Tim. Mereka melihat kaitan antara jumlah perkataan  dan kesannya. Mereka mendapati, apabila jumlah patah perkataan berada pada lingkungan 1800-2000, artikel begini mendapat perhatian Google.

Jumlah patah perkataan beri kesan kepada psikologi manusia. Setengah orang lebih suka membaca ayat yang pendek dan segelintir orang suka membaca ayat yang panjang.

Hal ini akan memyebabkan anda dalam dilema kerana anda perlu membuat keputusan bijak berkaitan hal penulisan kerana ianya mempunyai kuasa dalam menarik pembaca untuk berpotensi sebagai pelanggan atau pembeli anda.

Seeloknya jumlah patah perkataan di Google tidak boleh berada antara 500-800 patah perkataan. Sama ada kurang dari 500 patah perkataan. Ataupun lebih 1000 patah perkataan.

#3-Bina Content  Bernilai

Maknanya, anda tulis perkongsian yang bermanfaat pada dinding Facebook, atau fanpage anda, dan jika perkara itu sesuai dengan audiens yang anda ada, mereka akan lebih yakin dengan brand anda.

Tujuan utamanya adalah untuk menarik minat prospek, convert mereka jadi pelanggan, dan akhirnya transform mereka menjadi pelanggan setia.

Dr Jonah Berger mengariskan kategorikan content  viral yang suka dikongsi pembaca tergolong dalam kategori-kategori ini.

  • Social Currency
  • Triggers
  • Emotion
  • Public
  • Practical
  • Story

#4-Meriahkan Ruangan Komen

Komen yang aktif sebenarnya membantu dari sudut SEO. Apabila blog ada komen, ianya memberikan signal kepada Google bahawa blog itu ada pengunjung. Apabila blog ada pengunjung, maka blog ini ada sesuatu yang bernilai untuk ditawarkan kepada pembacanya.

Selalulah membalas komen-komen pengunjung kerana sikap peramah anda akan memberi impak kepada website anda untuk dikunjungi selalu opelh pengunjung lama mahupun pengunjung baru.

#5-Teknik Tarik SEO

Kebiasaanya manusia akan menggunakan saluran goggle untuk mencari tentang sesuatu. Selalunya apabila anda tulis dan kongsi sesuatu tentang perniagaan anda di media sosial, anda akan dapati trafik menaik. Tetapi yang menjadi masalahnya ianya cuma seketika. Bagaimana mahu dapatkan trafik yang konsisten?

Dua Kaedah Saluran Trafik Ke Website adalah paid advertising iaitu buat iklan tarik trafik, berkesan dan melibatkan kos. Search Engine Optimization merupakan website dijumpai di Google apabila pengguna cari, percuma tetapi ambil masa.



Sumber 5 Teknik Mudah Tarik Trafik Power ke Website.

Post a Comment

Previous Post Next Post