KUALA LUMPUR, 21 Dis ― Seorang ibu tunggal memohon maaf kepada bekas ketua hakim syarie Pulau Pinang atas fitnah mengadakan seks dengannya.
Defendan, Yuhasni Mohd Yusoff, 38, membaca kenyataan maaf kerana menyebabkan plantif, Datuk Abdul Walid Abu Hassan “rasa malu dan keresahan”, lapor Utusan Online.
Pekerja kilang, ibu lima anak, kesal kerana plaintif berdepan “kesengsaraan mental, kerugian kesulitan dan syak wasangka” ekoran fitnahnya.
Penyelesaian itu direkod Hakim M. Gunalan selepas penyataan maaf dibuat pada 7 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Susulan itu, plantif menarik balik aduan qazaf terhadap defendan yang dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada 6 Disember lalu.
Plantif juga menyaman defendan dan menuntut ganti rugi RM1 juta atas trauma mental serta emosi yang dialami ekoran fitnah tersebut.
Sumber Fitnah seks bekas ketua hakim syarie, janda mohon maaf
Tags:
PMMO