Gagal lagi ujian memandu? Belajar depan komputer

Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid (dua, kanan) bersama Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari (kanan) beramah mesra dengan penerima MyLesen di SMK Tinggi Setapak hari ini. ― Foto BernamaKetua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid (dua, kanan) bersama Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari (kanan) beramah mesra dengan penerima MyLesen di SMK Tinggi Setapak hari ini. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 30 Dis ― Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan e-book untuk Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) di seluruh Institut Memandu di negara yang akan bermula pada Mac depan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid berkata pelancaran berkenaan adalah untuk memudahkan sistem pembelajaran kepada orang ramai yang ingin mengambil lesen memandu, selain ia boleh diakses secara atas talian.

Beliau berkata ketika ini e-book dalam proses pelengkapan maklumat dan ia akan dilancarkan secara serentak di seluruh negara.

“Buku KPP secara manual masih dikekalkan dan diteruskan pengeluarannya tetapi orang ramai boleh memilih sama ada hendak belajar secara manual atau secara dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas menutup program MyLesen Kadet JPJ di Dewan Wawasan, Sekolah Menengah Tinggi Setapak di sini hari ini.          

Shaharuddin juga mendedahkan, JPJ telah mengeluarkan 313,954 saman melibatkan pelbagai kesalahan motosikal bagi tempoh tahun 2014 sehingga 2016.

“Antara kesalahan yang kerap mereka (penunggang motosikal) lakukan adalah seperti tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan yang telah tamat serta tidak diperbaharui.

Ini menunjukkan sikap mereka yang sering ambil ringan dan bersikap acuh tidak acuh untuk memiliki lesen memandu,” katanya.

Terdahulu dalam program ini, seramai 56 pelajar daripada 10 buah sekolah telah lulus lesen memandu B2 selepas menyertai MyLesen kadet JPJ.

MyLesen merupakan program untuk golongan pelajar sekolah yang menyertai kadet JPJ bagi membolehkan mereka memiliki lesen memandu B2 secara sah dengan kadar bayaran serendah RM199. ― Bernama



Sumber Gagal lagi ujian memandu? Belajar depan komputer

Post a Comment

Previous Post Next Post