George Weah dipilih Presiden Liberia

MONROVIA: Bekas bintang bola sepak AC Milan, George Weah, dipilih sebagai Presiden Liberia yang baharu selepas mudah menewaskan pencabarnya Naib Presiden, Joseph Boakai, dengan jurang undian yang besar.

"Kepada semua warga Liberia, saya amat terasa emosi rakyat di seluruh negara ketika ini.

"Saya bersedia menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin baharu. Perubahan sudah berlaku hari ini," katanya dalam akaun Twitter.

Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) menyebut Weah menang selesa apabila meraih 61.5 peratus undian yang sebelum ini ditangguhkan beberapa minggu selepas keputusan pusingan pertama dicabar Boakai melalui saluran perundangan.

Selepas 98.1 peratus undi dikira, Boakai hanya mendapat sokongan 38.5 peratus.

Weah bakal menggantikan Ellen Johnson Sirleaf yang berkuasa sejak 2006. - AFP



Sumber George Weah dipilih Presiden Liberia

Post a Comment

Previous Post Next Post