Berhenti Sekolah Untuk Jadi CEO : Kisah Kejayaan Jutawan Remaja 17 Tahun, Ben Pasternak.

Dunia kini mencapai satu era baru dengan bantuan teknologi, di mana sesiapa sahaja boleh jadi jutawan dengan sekelip mata jika berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dan menjadi tumpuan dunia.

Teknologi tanpa sempadan benar-benar merubah dunia yang membuatkan seperti tiada apa yang mustahil untuk dikecapi.

Itulah yang berlaku kepada Ben Pasternak, jutawan remaja berusia 17 tahun yang berjaya memegang jawatan CEO dalam syarikatnya sendiri Flogg Inc. Beliau sanggup berhenti sekolah untuk mengejar peluang emas yang ada di depan matanya pada ketika itu.

Ben membuktikan usia remaja jika digunakan dengan sebaiknya akan memberi peluang emas untuk memcipta kejayaan disusuli kekayaan dalam kehidupan.

Jom, kita lihat disebalik kisah kejayaan jutawan remaja ini yang boleh dijadikan inspirasi kepada golongan remaja yang ingin terjun dalam bidang perniagaan.

#1-Siapa Ben Pasternak Yang Sebenarnya?

Ben Pasternak, remaja biasa yang menjadi luar biasa setelah berjaya mencipta aplikasi permainan Imposibble Rush. Dibesarkan di Sydney, Australia, beliau merupakan ‘high-school dropout’.

Walaupun baru berusia belasan tahun, beliau telah memangku jawatan sebagai CEO di syarikatnya sendiri Flogg Inc.. Aplikasi permaianan ciptaannya menjadi kegilaan anak muda dan banyak di muat turun di dunia melalui  Apple App Store.

Sejarah terciptanya aplikasi permainan itu adalah ketika beliau berada dalam kelas Sains yang dianggapnya kelas membosankan.

#2-Berhenti Sekolah Untuk Jadi CEO

Rentetan daripada kejayaan yang dikecapi dan mendapat liputan luas daripada media diseluruh dunia, ianya mengubah kehidupan Ben.

Beliau mula menjadi terkenal, serta dihujani dengan jemputan untuk melawat syarikat-syarikat besar seperti Google dan Facebook. Beliau juga ditawarkan biasiswa daripada Apple’s Worldwide Developers Conference pada bulan Jun.

Dalam masa setahun sahaja, beliau telah mendapat dana daripada pelabur Silicon Valley, dan dengan serta merta berhenti daripada sekolahnya di Sydney dan berpindah ke New York.

Kini beliau memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif bagi syarikatnya, Flogg Inc. Walaupun masih muda tetapi beliau membuktikan mampu untuk tinggal di sebuah apartment di Hell’s Kitchen dengan bayaran sewa $5,000 USD sebulan dan membayar $160 USD hanya untuk memotong rambut.

#3-Cipta Lebih Banyak Aplikasi Permainan

Usaha barunya selepas Impossible Rush juga membuahkan hasil, apabila ‘Monkey’, aplikasi video-chat sekali lagi menjadi tumpuan.

Aplikasi dicipta bagi membantu remaja mencari dan membina persahabatan dalam suasana yang selamat tanpa sebarang anasir luar.

Ianya direka dengan ciri-ciri yang tidak berpaksikan pembulian siber dan ugutan, tetapi mengekalkan suasana yang selamat kepada komuniti aplikasi tersebut.

‘Monkey’ mendapat sambutan yang hangat, mencecah 250 juta panggilan di antara pengguna-pengguna semenjak 20 Mac. Ia juga telah menarik perhatian CEO Apple, Tim Cook, yang telah mengucapkan tahniah kepada Ben dengan menghantar e-mail peribadi.

Kini syarikatnya telah membangunkan sebuah aplikasi baru yang diberi nama Flogg. Aplikasi ini menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi eBay dan Tinder, yang membolehkan remaja berjual beli dengan cara ‘swiping’.

Beliau mencipta aplikasi itu setelah menyedari rakannya di Sydney yang menjual barang-barang yang tidak diingini di grup Facebook.

#4-Prinsip Kehidupan & Peniagaan Ben

Bekerja dengan gigih dan berterusan adalah kunci kejayaan yang dipegang oleh jutawan muda, Ben Pasternak. Ben yang diberi nama jolokan “The next Mark Zuckerberg”, tidak mengambil kisah  tentang gelaran itu tetapi beliau gembira kerana berjaya mencipta dan membina sesuatu produk yang dapat memberi impak kepada peningkatan taraf hidup masyarakat dunia.

Kini Ben menjalankan syarikatnya yang bernilai $2 juta USD yang mempunyai 7 orang anggota sambilan, yang kebanyakkannya remaja dan generasi muda awal 20-an. Ketua pegawai operasinya yang berumur 30 tahun kemungkinan adalah anggota yang tertua di syarikatnya.



Sumber Berhenti Sekolah Untuk Jadi CEO : Kisah Kejayaan Jutawan Remaja 17 Tahun, Ben Pasternak.

Post a Comment

Previous Post Next Post