'Hancur jahanam apartment saya disewa lelaki ini!' - Pemilik terkejut rumahnya musnah dan bil elektrik RM1,955

Alangkah terkejutnya pemilik rumah, Simon Landsheer, apabila mendapati apartmentnya telah dihancurkan oleh penyewa yang berasal dari Arab Saudi, lapor World of Buzz.
Simon memuat naik 30 gambar dan video di Facebooknya menunjukkan betapa teruk kerosakkan yang dialami dan terpaksa menanggung kos ribuan ringgit untuk membaiki semula kediamannya. 
Difahamkan, kediaman Simon ini telah di M City, Jalan Ampang, dan disewakan kepada lelaki bernama Mohammed dari Arab Saudi, melalui Airbnb. 
Mohammed menyewa rumah berkenaan selama enam minggu dan kerap menyambung tempoh sewaannya dari minggu ke minggu. 
"Kali ini dia terlupa nak sambung. Jadi pada hari dia sepatutnya keluar, cleaner saya pergi dan mendapati rumah itu berada dalam keadaan teruk. Kami tidak dapat mengejutkanya dari tidur sehingga terpaksa meminta pihak pengawal keselamatan datang membantu," katanya. 
Berdasarkan gambar, rumah berkenaan sangat kotor dan hancur. Keadaan perabot yang tercabut dan tidak diletakkan di tempat asal, malah dinding juga mempunyai kesan calar yang sangat ketara. 
Selain itu, terdapat kesan kotoran di tangga dipercayai tumpahan air minuman, air kopi di meja dan juga tilam. Ruangan memasak juga sangat kotor. 
Lebih teruk lagi, peti ais dan beberapa peralatan memasak juga berada dalam keadaan kotor dan tidak dicuci. Microwave juga tidak ditutup selepas digunakan. 
"Dia buka semua gajet dan keluarkan baterinya dengan menggunakan pisau. Powerbank, telefon dan laptop. Banyak yang kami temui dalam rumah ini," katanya. 
Simon tidak menolak kemungkinan lelaki ini adalah penagih dadah berdasarkan penemuan objek seperti paip yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah. 
Untuk mengembalikan rumah ini kepada keadaan asal, Simon terpaksa menanggung kos baik pulih dan menyerahkan semua invois kepada pihak Airbnb dengan harapan dia mendapat sedikit pampasan. 
Malangnya Airbnb enggan bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami menyebabkan Simon berang dan menasihat mana-mana individu yang ingin menyewakan rumah mereka melalui Airbnb, berfikir masak-masak sebelu menanggung kerugian seperti yang dialaminya kini.

Difahamkan juga, ada beberapa pemilik rumah pernah membuat aduan mengenai lelaki terbabit yang juga didakwa telah menghancurkan rumah mereka. 


Sementara itu di Facebook, netizen menasihatkan Simon membuat laporan polis terhadap lelaki itu dan mendoakan dia berjaya mendapat pampasan dari Airbnb. 


Sumber 'Hancur jahanam apartment saya disewa lelaki ini!' - Pemilik terkejut rumahnya musnah dan bil elektrik RM1,955

Post a Comment

Previous Post Next Post