Remaja gantung diri selepas dipaksa berkahwin dengan bekas kakak iparnya

Seorang remaja berumur 15 tahun mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya dengan selepas dipaksa keluarga untuk berkahwin dengan bekas isteri kepada mendiang abangnya, lapor Daily Mail. 
Mahadev Das, menggantung dirinya sehingga mati, dua jam selepas berkahwin dengan Ruby Devi, 25 tahun, dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada Isnin lalu di Gaya, Bihar, India. 
Lapor Hindustan Times, Mahadev telah keluar dari rumahnya selepas selesai majlis tersebut dan menggantung dirinya dengan tuala pada jam 7 petang. 
Bapa mangsa, Chandreshwar Das, 80, berkata, anaknya tidak rela berkahwin dengan ibu kepada dua orang anak yang pernah menjaganya sejak dari kecil dan menganggap Mahadev seperti anaknya sendiri. 
Difahamkan, mendiang Santosh Kumar Das, meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik semasa bekerja. Ekoran kematiannya itu, syarikat tempatnya bekerja telah membayar pampasan sebanyak Rs80,000 (RM5,080) kepada Chandreshwar. 
Bagaimanapun, ibu bapa Ruby menuntut keluarga bekas menantu mereka menyerahkan kesemua wang pampasan itu sebagai ganti rugi wang hantaran perkahwinan atau  mengahwinkan adik mendiang Santosh dengan Ruby. 
"Saya telah membayar Rs27,000 (RM1,714) ke akaun mereka dan memberi jaminan akan memindahkan bakinya kemudian. Tetapi mereka mendesak saya berkali-kali untuk menyerahkan duit itu atau mengahwinkan anak saya dengan Ruby," kata Chandreshwar. 
Pihak polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan kedua-dua keluarga terbabit berkemungkinan akan didakwa kerana terbabit dalam perkahwinan bawah umur. 
Perkahwinan kanak-kanak adalah dilarang di negara India, namun ada segelintir penduduknya masih mengamalkannya dan kebanyakan melibatkan remaja perempuan. 
Dalam laporan UN 2005 menyatakan, 30 peratus remaja perempuan seawal usia 15 ke 19 tahun telah mendirikan rumah tangga di India, manakala empat peratus lagi adalah remaja lelaki. 
Menurut undang-undang di negara itu, seseorang lelaki itu haruslah berumur 21 untuk berkahwin, manakala perempuan berusia 18 tahun.


Sumber Remaja gantung diri selepas dipaksa berkahwin dengan bekas kakak iparnya

Post a Comment

Previous Post Next Post