HARGA runcit petrol RON95, RON97 masing-masing turun satu sen manakala diesel turun empat sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.
Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun satu sen daripada RM2.30 kepada RM2.29 seliter manakala RON97 turun satu sen daripada RM2.58 kepada RM2.57 seliter.
Sementara itu, diesel turun empat sen daripada RM2.25 kepada RM2.21 seliter.
Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 7 Disember hingga 13 Disember 2017.
Sumber: Metro
Sumber Harga petrol 7-13 Disember 2017: RON95 dan 97 turun 1 sen, diesel turun 4 sen
Tags:
tbKOR