Ikan RM5 Sekilo Di Klang?

Harga ikan di pasaran memang agak mahal dan kadang-kadang anda terpaksa membelanjakan lebih RM100 untuk bekalan bahan mentah seminggu.

Oleh kerana itu, orang ramai sanggup beratur lama demi membeli ikan yang dijual pada harga RM5 sekilo di Kawasan Lapang, Jalan 7, Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, semalam.

BACA: Beratur Dalam Hujan Beli Ikan Murah Jamal

Gambar sekadar hiasan

Seramai 1,500 orang menyerbu Program Jelajah Ikan Murah Harga Patut yang dilakukan di Klang bagi mendapatkan ikan, ayam, tong gas dan telur pada harga murah.

Antara jenis ikan yang dijual dalam program jelajah itu ialah ikan kembung, cencaru, sardin dan mabong pada harga RM5 sekilo.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, ayam pencen turut dijual pada harga RM6 seekor dan ayam biasa RM10 serta tong gas hanya dijual RM20 satu tong.

Menurut seorang pengunjung, Akma Rajali, 46 tahun, memberitahu dia hanya membelanjakan RM21 sahaja untuk bahan mentah yang boleh bertahan selama seminggu.

Gambar sekadar hiasan

Pengunjung lain, Salwati Yusof, 44 tahun, berkata dia membelanjakan kira-kira RM50 membeli bekalan bahan mentah untuk seminggu kerana dia mempunyai lima orang anak dan menganggap program seperti ini membantu dirinya yang mempunyai keluarga besar.

Menurut Setiausaha Bahagian UMNO Klang, Abu Hassan Rosli, menyatakan semua jualan habis terjual dalam masa kurang tiga jam yang terdiri daripada empat tan pelbagai jenis ikan, 1,000 ayam, 150 tong gas dan 200 rak telur bermula dari 9 pagi.

Semoga program sebegini diperluaskan kepada seluruh negara terutama kawasan yang sukar mendapatkan bekalan mentah agar dapat menolong golongan yang tak mampu membeli ikan pada harga tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tahun 2017, Harga Ikan Semakin Gila!
Ikan Bilis Sajat & Fazura Laku Teruk!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!

Post a Comment

Previous Post Next Post