Musang King Cecah RM300 Sekilogram!

Nampaknya durian kini menjadi buah yang paling mahal untuk dimakan memandangkan harga bagi durian jenis Musang King sudah mencecah hingga RM300 sekilogram.

Permintaan tinggi daripada pelancong asing seperti China membuatkan pemilik kebun durian harus memikirkan idea bagaimana mahu mengekalkan stok durian bila sudah habis musim nanti.

BACA: Kenali Ciri-Ciri Musang King Dengan Betul

Pemilik kebun Musang King, Ee Chin Loon, 52 tahun, berkata pelancong sanggup datang ke Bentong dan Raub, Pahang semata-mata ingin menikmati Musang King.

Menurutnya, pihaknya sedang mencari alternatif lain supaya ia boleh dinikmati setiap masa tanpa perlu tunggu musim durian.

“Kami akan menyimpan durian ini dalam peti sejuk beku mencecah suhu negatif 80 darjah Celsius bagi memastikan kesegaran Musang King yang tahan dua hingga tiga tahun,” jelasnya.

Dia memiliki enam hektar tanah dan 400 pokok Musang King itu memberitahu dusunnya kini menjadi perhatian orang ramai yang ingin makan Musang King.

Sumber dari placesandfoods.com

“Durian Musang King gred A berjaya ditempah dan dieksport ke China bagi memenuhi permintaan di sana, dan saya akui kebanyakan rakyat Malaysia kini hanya dapat menikmati Musang King gred B atau C saja berikutan buah itu kini bagaikan ‘pisang goreng panas’ di pasaran sana,” tambahnya.

Menurut Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang, Datuk Idros Yahya, berkata hasil kerjasama dengan MOTAC menjadikan buah durian boleh dinikmati pada bila-bila masa.

ARTIKEL BERKAITAN:
5 Fakta Tentang Musang King Yang Bakal Jadi Durian Diraja
Pelancong Sanggup Datang Mencari Musang King Hingga Ke Bentong

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

5 Cendol Padu Di Shah Alam

Post a Comment

Previous Post Next Post