Isu timbul bila FMLLP menyifatkan stadium itu masih kabur daripada segi aspek keselamatan, terutama apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi.
Kata Abdul Puhat, "Kami masih berurusan dengan FMLLP. Laporan dan maklumat terkini berkaitan kerja-kerja menaik taraf yang dilakukan di Stadium Manjung telah dihantar kepada FMLLP beberapa hari lalu.
"Ia hanya akan diputuskan selepas FMLLP mengeluarkan arahan rasmi berhubung perkara tersebut."Namun, bagi Abdul Puhat, pihaknya juga telah membuat persediaan gelanggang alternatif jika perkara sebaliknya berlaku.
"Apapun, kami sudah bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan. Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut mungkin menjadi salah satu venue alternatif," ujarnya lagi.
Sumber Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan
Tags:
Sukan AA+