Izreen Bengang Gambar Tanpa Hijab Tersebar

Izreen Bengang Gambar Tanpa Hijab Tersebar

Izreen aggap perbuatan fitnah dengan niat menjatuhkan maruah. (Pic: Instagram @izreen.azminda)

Sekali lagi nama Izreen Azminda panas. Terbaru pelakon itu menyelar perbuatan individu yang menyebarkan gambar peribadinya ketika di rumah bersama suami tanpa bertudung.

Perbuatan yang dirasakan sangat melampau itu didakwa sebagai tindakan tidak bermoral pihak yang cuba mengaibkannya.

Kata Izreen lagi, gambar berkenaan dijadikan alat untuk menfitnah apabila kononnya dirakamkan ketika mereka belum bergelar suami isteri yang sah sekali gus dengan niat menjatuhkan maruah.

“Saya cuba memberi ruang untuk kesemua pihak yang terlibat memperbaiki keadaan supaya tenang tanpa membuka aib sesiapa.

Gambar peribadi dikongsi orang tidak bertanggungjawab.

“Tapi rupanya sama sekali tidak seperti disangkakan apabila bertambah teruk dan kini gambar peribadi di rumah bersama suami yang tidak bertudung pula.

“Nama pun kat rumah. Takkan nak pakai jubah, bukan gambar di luar,” katanya menerusi satu entri di Instagram peribadinya.

Terdahulu, satu paparan gambar peribadi yang dimaksudkan bintang berusia 32 tahun itu dengan suaminya, pemuzik Muhammad Radzi Wahid, 29, atau Ude dikongsikan satu akaun Instagram lain.

Namun, status serta gambar terbabit sudah dipadamkan.

Sebelum ini cuba berdiam diri.

Sebelum ini, dia mencetuskan kontroversi gara-gara berkahwin dengan Ude yang berstatus suami orang dan ayah kepada dua anak yang masih kecil.

Izreen dan Ude, 29, sebenarnya bernikah pada 8 Ogos lalu di kediaman seorang rakan dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Begitupun, isteri pertama pemuzik berkenaan, Intan Liana Salih, 30, hanya mengetahui berita kira-kira empat minggu lepas.

Anggap menyebar gambar "berhati binatang".

Sementara itu, Izreen menerusi status sama menyifatkan perbuatan pihak yang menyebarkan gambarnya sebagai manusia berhati binatang.

“Apa yang awak dapat sebenarnya? Dapat duit? Dapat kereta? Dapat rumah? Sungguh tidak bermoral perbuatan manusia berhati binatang ini,” tulisnya lagi.

Akan ambil tindakan.

Malah dia juga tidak akan berdiam diri dengan bertekad mengambil tindakan terhadap laman Instagram yang didakwa sebagai penyebar.

“Untuk Instagram yang menyebarkan gambar ini tunggu tindakan selanjutnya yang akan dikenakan ke atas anda kerana telah menjatuhkan maruah saya,” katanya.



Sumber Izreen Bengang Gambar Tanpa Hijab Tersebar

Post a Comment

Previous Post Next Post