Jawapan Rakyat Malaysia Memang Win Di Portal Berita Israel

Berikutan satu laman portal berita Israel di laman sosial Facebook yang berani mencabar akan menghapuskan negara Malaysia dalam masa satu saat, rakyat negara ini menyerang akaun tersebut dengan meninggalkan beribu komen yang pastinya akan membuatkan anda pecah perut apabila membaca. Tak sangka rakyat Malaysia begitu kreatif apabila membalas komen orang luar.

BACA: Trump Sedia Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

Akaun berita itu dikatakan memuatnaik satu artikel mengenai Malaysia di mana pasukan tentera negara ini akan menolong tentera muslim yang cedera ketika mempertahankan Baitulmaqdis daripada menjadi ibu negara Israel.

Oleh kerana ayat yang ditulis oleh portal berita itu membuatkan rakyat Malaysia berang, ramai yang memerli mereka menggunakan bahasa Malaysia dan tak kurang juga berjenaka dengan isu semasa yang berlaku di negara ini.

Memang win habis semua komen daripada anda semua. Banyak betul idea hinggakan ada yang mengaitkan raja bomoh, ayahanda, geng 1-100 dan banyak lagi.

Malah, nama selebriti juga dikaitkan seperti Nur Sajat dan Azwan Ali disebut dalam ruangan komen di laman portal tersebut.

Bahkan, bilangan keturunan juga disebut apabila seorang lelaki memberi komen dalam bahasa Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja, nama golongan anak muda sekarang seperti ‘hipster’, ‘kpopers’ dan selebriti Fattah Amin pun disebut oleh mereka. Berdekah kami baca komen mereka.

Menariknya, ada yang sebut mahu serang menggunakan makanan seperti durian, nasi lemak, yong tau fu dan roti canai.

Macam-macam idea jika anda baca komen rakyat Malaysia di akaun portal berita Israel tersebut. Mungkin ia boleh membantu menghilangkan stress anda di tempat kerja dan menghibur hati anda.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Terkejut Beli Seluar Buatan Israel
McD Malaysia Lapor Polis Berhubung Dakwaan Boikot

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak

Post a Comment

Previous Post Next Post