Jenazah isteri KPN selamat dikebumi

IPOH: Jenazah isteri Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Puan Seri Azizah Hamdi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam  Rapat Jaya, di sini, pada jam 10.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham disemadikan berhampiran kubur anak lelaki tunggal, Mohd Faiz Mohamad Fuzi, yang meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu. 

Bacaan talkin dibacakan Pegawai Turus Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ghazali Daud.  

Terdahulu, jenazah Azizah yang meninggal dunia akibat barah disolatkan  di Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat.

Kira-kira 1,000 ahli keluarga dan saudara-mara serta pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di kampung halaman Allahyarham di Jalan Rapat Jaya, di sini dan kawasan tanah perkuburan berkenaan, bagi memberi penghormatan terakhir. 

Antara yang hadir adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Selain itu, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi; Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan. 

Allahyarham Azizah, yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun, jam 7.02 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 



Sumber Jenazah isteri KPN selamat dikebumi

Post a Comment

Previous Post Next Post