Tolak mata rawat katarak? Bahaya undang glaukoma

Dr Hilmi berkata pihaknya akan mengarahkan semua jabatan kesihatan negeri memantau kegiatan tersebut agar tidak terus berleluasa. — Foto oleh KE OoiDr Hilmi berkata pihaknya akan mengarahkan semua jabatan kesihatan negeri memantau kegiatan tersebut agar tidak terus berleluasa. — Foto oleh KE OoiBALIK PULAU, 16 Dis — Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan rawatan “couching” untuk merawat katarak iaitu teknik menolak kanta mata ke dalam rongga vitreus yang dijalankan oleh pihak tertentu dan kini tular di media sosial.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kaedah itu berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk glaukoma.

“Kalau awak tolak lensa mata itu takut terkeluar daripada sarung dan akan menyebabkan macam-macam berlaku.... Teknik (‘couching’) ini datang dari mana?

“Selama 40 tahun saya dalam bidang perubatan saya tak pernah dengar teknik ini tolak lensa (mata) ke dalam. Kita tidak boleh biarkan perkara ini, amat bahaya,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi amal bermotosikal dan bantuan keluarga miskin, di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di Facebook mengenai iklan perkhidmatan rawatan mata yang dipercayai berpangkalan di Kuala Kurau, Perak dan dijadual mengadakan siri jelajah selama tiga hari di Langkawi, Kedah bermula 23 Disember ini.

Dr Hilmi menasihatkan pesakit yang mengalami masalah mata dan katarak supaya ke klinik  atau hospital yang diiktiraf bagi menerima rawatan yang lebih selamat.

Beliau juga berkata pihaknya akan mengarahkan semua jabatan kesihatan negeri memantau kegiatan tersebut agar tidak terus berleluasa.

Sementara itu, mengulas mengenai isu susu rumusan bayi tiruan, Dr Hilmi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada ibu bapa mengenai kesan kesihatan terhadap  anak mereka yang meminum susu tiruan berkenaan. — Bernama



Sumber Tolak mata rawat katarak? Bahaya undang glaukoma

Post a Comment

Previous Post Next Post