Mengakui teruja dengan single berkenaan, selebriti dari Kuala Lumpur itu juga berharap single tersebut menjadi penanda aras untuk dia terus mengatur langkah lebih maju dalam seni, khasnya pada tahun hadapan.
“Sudah pasti saya mengharapkan yang terbaik dengan kerjasama ini, apatah lagi melibatkan penyanyi dari negara luar. Nama Sean Kingston juga sedia dikenali di negara ini. Semoga lagu tersebut dapat diterima ramai. Harapnya juga, ia menjadi satu permulaan yang baik buat saya dalam seni pada tahun 2018,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya mengenai single terdahulu yang dikatakan kurang mendapat pendedahan meluas daripada pencinta muzik, pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan nyata tidak pernah ralat dengan perkara itu sebaliknya, dia mahu terus maju dalam kerjaya.
“Sebelum ini ramai yang lebih kenal saya menerusi lakonan. Jadi rasanya inilah masa terbaik untuk saya kembalikan kepercayaan peminat terhadap keupayaan dalam nyanyian. Kalau nak dikatakan lagu sebelum ini kurang dikenali, hal tersebut mungkin berlaku atas beberapa faktor misalnya kurang promosi.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu menjadikan kekangan tersebut sebagai satu alasan. Lebih baik saya beri fokus pada single terkini yang bakal dilancarkan tidak lama lagi,” luah Kila yang ditemui di majlis ulang tahun pertama operasi restoran makanan laut, D’Empangan Udang Galah, Putrajaya, baru-baru ini.
D’Empangan Udang Galah yang diusahakan Datin Ina bersama keluarga sejak setahun lalu turut menawarkan beberapa menu baru sempena ulang tahun pertamanya itu.
Antaranya ialah asam pedas, masak lemak dan mi udang galah.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Isma AF, Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil, Alyah serta ramai lagi rakan artis lain.
Sumber Kilafairy lancar single bersama Sean Kingston