Lapan tahun tunggu, Bung Moktar timang kembar lelaki

Zizie Izette selamat melahirkan dua putera secara pembedahan pada 5.48 dan 5.50 pagi semalam di Pusat Perubatan Prince Court di sini. — Foto ihsan Instagram/Bung MoktarZizie Izette selamat melahirkan dua putera secara pembedahan pada 5.48 dan 5.50 pagi semalam di Pusat Perubatan Prince Court di sini. — Foto ihsan Instagram/Bung MoktarKUALA LUMPUR, 30 Dis ― Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikurniakan sepasang anak kembar lelaki awal pagi semalam.

Ahli parlimen Kinabatangan itu merakamkan rasa syukur dan berharap dua cahaya mata itu membawa kebahagiaan kepada keluarganya.

“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerah Allah tambahan dua orang putera.

“Semoga kehadiran orang baru dalam keluarga ini, insya Allah pasti akan membawa kebahagiaan kepada kami semua.

“Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredaan Allah hendaknya,” coretnya menerusi akaun Instagram petang ini.

Bung, 58, mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datin Seri Zizie Izette pada 2009 dan mengambil seorang anak angkat Nayla Nurjenna berusia dua tahun 11 bulan.

Zizie, 39, selamat melahirkan dua putera secara pembedahan pada 5.48 dan 5.50 pagi semalam di Pusat Perubatan Prince Court di sini.



Sumber Lapan tahun tunggu, Bung Moktar timang kembar lelaki

Post a Comment

Previous Post Next Post