SEJAK kebelakangan ini, satu trend di mana lelaki menggayakan pakaian wanita dan merakamnya dalam bentuk video untuk tujuan parodi, dilihat semakin menjadi-jadi.
"Kalian, Nabi laknat (perbuatan itu). Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.
Sejak dimuat naik semalam, status itu telah menerima lebih 36,000 retweet dan 14,000 likes.
Sumber 'Lelaki berpakaian wanita itu dilaknat Nabi, walaupun untuk parodi'
Bukan setakat berpakaian wanita, malah ada lelaki yang sanggup mengenakan solekan semata-mata atas tujuan yang sama, iaitu parodi.
Situasi itu membuatkan seorang personaliti dan penceramah agama, Wan Dazrin Wan Din, merasakan sudah tiba masanya masyarakat mengambil berat perkara ini.
Melalui kemas kini status di akaun Twitter, Wan Dazrin berkata, walau atas tujuan untuk bergurau, lelaki berpakaian atau meniru perilaku wanita adalah dilarang dalam agama Islam."Kalian, Nabi laknat (perbuatan itu). Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.
"Dalam kitab Fathul Bari: At Tobari, laknat didefinisi sebagai haram dan Syeikh Abu Muhammad beritahu ia dosa besar," tulisnya.
Peringatan oleh Wan Azrin itu disokong oleh netizen yang menganggap sudah tiba masanya perbuatan itu ditegur.
Kata mereka, agak pelik apabila golongan transgender dikritik hebat oleh netizen namun perbuatan melakukan parodi dibiarkan sahaja atas tiket 'melawak'.
Sejak dimuat naik semalam, status itu telah menerima lebih 36,000 retweet dan 14,000 likes.
Sumber 'Lelaki berpakaian wanita itu dilaknat Nabi, walaupun untuk parodi'
Tags:
Gaya Hidup AA+