Lelaki mahu letupkan premis kawalan sempadan ditahan

Seorang lelaki ditahan apabila cuba mahu meletupkan pondok kawalan SJR Aksem dan Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan. — Paparan skrin GoogleSeorang lelaki ditahan apabila cuba mahu meletupkan pondok kawalan SJR Aksem dan Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan. — Paparan skrin GoogleKOTA BARU, 31 Dis — Seorang lelaki ditahan apabila cuba mahu meletupkan pondok kawalan sekatan jalan raya (SJR) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang malam tadi.

Ketua Polis Kelantan berkata suspek berusia 30-an dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan pada 11.30 malam tadi oleh Aksem walaupun bertindak agresif, lapor Harian Metro.

“Pemeriksaan lanjut di beg sandang suspek menemui lima plastik berisi bijian, satu plastik serbuk kuning, gunting, pisau, wayar tembaga, bateri, pemutar skru, pasport dan telefon,” kata Datuk Hasanuddin Hassan.

“Hasil soal siasat, suspek mendakwa mahu meletupkan pondok kawalan SJR AKSEM dan Kompleks ICQS Rantau Panjang dan motifnya masih dalam siasatan.”

Katanya suspek, asal Selangor, didapati positif methamphetamine dan memiliki satu rekod lampau berkaitan senjata berbahaya pada 2014.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.



Sumber Lelaki mahu letupkan premis kawalan sempadan ditahan

Post a Comment

Previous Post Next Post