Xperia Play antara telefon yang disifatkan sebagai gagal di paparan. (Gambar: Techreviewer)
Tidak mahu dilabel sebagai ‘telefon hiasan’ semata-mata, spesifikasi yang ditampilkan boleh dikatakan ‘top notch’.
Paparan skrin dengan 'refresh rates' setinggi 120 Hz, teknologi Dolby Atmos, cip pemprosesan qualcomm Snapdragon 835 dengan gabungan kapasiti RAM sebanyak 8GB dan bateri sebesar 4,000 mAh pastinya menjadi idaman pengguna telefon pintar.
Sebelum kemunculan Razer yang dikatakan sempurna ini, sebenarnya beberapa model keluaran syarikat lain sudah pun menjengah pasaran.
Bagaimanapun, produk yang dikeluarkan menemui kegagalan apabila tidak mendapat sambutan selain terpaksa ditamatkan dalam tempoh yang agak cepat.
Rojak Daily Skop! senaraikan lima telefon dan tablet ‘gaming’ yang dianggap gagal:
1. NOKIA N-GAGE
Sebut saja 'gaming phone' ketika awal tahun 2000, pastinya model N-Gage bermain di fikiran anda. Tampil dengan konsep seakan 'gamepad', rekaan model ini menampakkan fungsi permainan yang sangat realistik ketika itu.
Butang kekuncinya hampir meliputi keseluruhan skrin dan ‘earpiece’ terpaksa diletakkan pada sisi tepi. Disebabkan itu pengguna terpaksa menjawab panggilan dengan cara boleh dikatakan luar daripada kebiasaan.
Mula dilancarkan pada Oktober 2003, telefon pintar ini kemudian dilancarkan sekali lagi pada tahun 2004 sebelum generasi kedua N-Gage iaitu N-Gage QD memasuki pasaran.
Terdapat beberapa faktor telefon ini menemui kegagalan dan antaranya adalah kekurangan dari segi keupayaannya untuk melakukan dua tugas serentak atau ‘multitasking’. Pengguna terpaksa mengeluarkan bateri terlebih dahulu sebelum memasukkan kad permainan yang disediakan khusus untuk model ini.
Ini bermakna anda perlu mematikan telefon, kemudian keluarkan bateri dan masukkan slot kad permainan sebelum menghidupkan kembali telefon. Bayangkan jika anda terpaksa berbuat demikian pada tahun 2017!
Disebabkan inilah, N-Gage QD dikeluarkan sebagai menutup kekurangan yang ada pada N-Gage klasik ini. Sejak daripada itu tiada lagi model Nokia yang memfokuskan pada aspek permainan sebaliknya lebih menumpukan pada fungsi kamera dan muzik.
2. XPERIA PLAY
Sony Playstation sememangnya dambaan semua ‘kaki gamers’ di luar sana. Pelbagai pilihan jenis permainan dengan penggunaan grafik yang tinggi menjadikan ia pilihan utama sehingga kini.
Namun, setiap hala tuju itu tidak semestinya berjaya dan penghasilan telefon pintar pertama dibawah jenama Play antara kegagalan Sony ketika itu.
Mula dilancarkan pada March 2011, Xperia Play antara variasi telefon pintar dibawah siri Xperia yang agak popular sekitar tahun terbabit.
Bagi aspek rekaan, telefon ini menampilkan ciri ‘sliding’ yang mana pengguna hanya perlu menolak skrin ke atas bagi membuka bahagian kawalan pad.
Dua bulatan pada kiri dan kanan tidak tumpah sama seperti ‘joystick’ pada Playstation. Boleh dikatakan sesiapa yang menggunakan peranti ini pasti nampak ‘cool’ habis.
Kelemahan pada peranti ini terletak pada dua faktor iaitu kurangnya optimasi kawalan pad dan juga sistem operasi digunakan.
Kawalan pad yang bahagian bawah mungkin tampak seperti Playstation, tetapi tidak banyak permainan yang menyokong kawalan ini.
Kemunculan telefon pintar yang memfokuskan kawalan sentuh, penggunaan kawalan fizikal dianggap sia-sia. Permainan Angry Bird dan Fruit Ninja yang sedang popular ketika itu menyebabkan pengguna lebih selesa menggunakan kawalan sentuh sepenuhnya.
Selain itu sistem operasi Android ketika itu masih ‘hijau’ dan terkenal dengan masalah lengah masa atau ‘lagging' menjadikan ia masih belum layak memasuki pasaran.
Akhirnya, pengguna beralih kepada konsol permainan yang lebih lancar dan mempunyai grafik berdefinasi tinggi. 'Sayonara' Xperia Play!
3. LG OPTIMUS 2X
Jika dilihat jumlah teras cip pemprosesan sekarang, ia jauh meninggalkan telefon yang dihasilkan tujuh tahun lalu. Namun, bak kata pepatah, tiada yang lama tiada yang baru, bukan?
LG Optimus 2X dinobatkan sebagai telefon pertama yang mempunya cip pemprosesan dua teras apabila dilancarkan pada tahun Disember 2010.
Selain itu, ia juga menjadi peranti pertama yang menggunakan Nvidia Tegra 2 yang dihasilkan Nvidia. Jika anda kaki 'gamers’, anda pasti kenal kerana syarikat inilah yang mempelopori industri grafik kad sehingga sekarang.
Bagi aspek pemasaran pula, telefon ini dicanang sebagai gajet yang bakal memberi pengalaman ‘gaming’ yang hebat.
‘Real Phone require real super chips,’ kata jurucakap Nvidia.
Biarpun pada ketika itu spesifikasinya boleh dikatakan hebat tetapi ia tetap dianggap gagal kerana kelemahan strategi pemasaran daripada LG.
Sehingga kini LG masih berdepan dengan masalah sama dan buktinya tidak banyak model telefon pintar LG dibawa masuk ke pasaran Malaysia.
4. SAMSUNG GALAXY R
Mungkin ada yang tidak sedar terhadap kewujudan telefon pintar ini kerana tempoh pasarannya tidak terlalu lama. Malah, telefon ini hanya boleh didapati menerusi pihak ketiga kerana ia tidak dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia.
Disebalik kesukaran itu, Galaxy R masih menjadi rebutan pengguna khususnya kaki 'gamers’ kerana cip pemprosesan yang digunakan telefon ini.
Menggunakan Nvidia Tegra 2 sebagai cip pemprosesan, Galaxy R dilabel sebagai telefon khusus untuk permainan video. Bagaimanapun, selepas menggunakan peranti ini, ramai mendakwa ia hanya sebagai ‘marketing’ semata-mata.
Selain itu, masalah pada 'hardware' juga menyebabkan pengeluaran telefon ini terpaksa dihentikan.
Terdapat pengguna yang mendakwa Galaxy R mereka secara tiba-tiba tidak dapat dihidupkan biarpun beberapa kali cuba dilakukan. Masalah itu lebih teruk apabila ia mula dipasarkan di India.
Samsung akhirnya menyerah kalah dan terpaksa menghentikan pasaran terbabit secara global selepas dilancarkan pada September 2011.
5. SHIELD TABLET
Selain telefon pintar, tablet juga antara produk yang cuba memfokuskan aspek permainan video sebagai asas jualan mereka. Shield Tablet adalah keluaran Nvidia yang dihasilkan pada tahun 2014.
Berbanding Shield Portable yang lebih menyerupai konsol permainan, tablet ini tampak lebih profesional dan kompak.
Skrin sebesar 8 inci juga membolehkan pengalaman bermain lebih menyeluruh berbanding telefon pintar dan konsol permaianan. Tablet ini dijana oleh sistem operasi Android dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Nvidia Tegra K1.
Nvidia menyatakan cip digunakan ini lebih berkuasa berbanding Xbox 360 dan juga PS3. Kenyataan dikeluarkan itu kemudian memakan diri apabila beberapa masalah muncul pada tablet ini.
Malah, Nvidia terpaksa memanggil semua kesemua tablet yang dijual antara Julai 2014 sehingga Julai 2015 akibat masalah panas yang terlampau.
Pada November 2015, tablet ini diberi penjenamaan semula dengan nama Shield Tablet K1 dan harganya jatuh menjunam.
Sumber Lima Telefon, 'Gaming' Tablet Dianggap Gagal