Kehilangan seorang insan yang bernama ibu memang sukar untuk diterima lebih-lebih lagi jika kita rapat dengannya sejak kecil hingga dewasa.
Seorang wanita sanggup memakan abu mayat ibu sendiri kerana terlalu rindukan ibunya berikutan sambutan hari krismas sudah semakin hampir.
BACA: Ini Sebab Lelaki Suka Makan Batu Bata
Debra Parsons, 41 tahun, kehilangan ibu tersayang, Doreen Brown, akibat sesak nafas selepas dia mengalami jangkitan di dalam dada pada pertengahan bulan Mei lalu.
Menurutnya, dia memakan sesudu abu mayat pada setiap hari supaya dia sentiasa ‘rapat’ dengan ibunya dan perasaan sedih memuncak apabila terpaksa menyambut hari krismas tanpanya buat pertama kali.
Berikutan itu, Debra merancang mahu meletakkan sedikit abu mayat ibunya dalam hidangan ayam belanda dan puding sebagai pencuci mulut sempena hari krismas bakal tiba nanti.
“Saya melihatnya dari sudut positif, supaya hubungan kami lebih rapat dan dia sentiasa bersama keluarga. Saya rasa dia turut ‘hidup’ apabila sebagi dengan diri saya, dan bernafas melalui tubuh saya. Nafas saya adalah nafasnya,” jelasnya.
Kematian ibunya merupakan kematian kedua dalam hidupnya selepas Debra kehilangan anak lelakinya pada Krismas 1996 akibat kelahiran pramatang.
Memang sukar untuk kita terima hakikat bahawa orang tersayang telah pergi untuk selama-lamanya, tetapi kita juga harus kuat meneruskan kehidupan demi ahli keluarga yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN:
Makanan ‘Peha Wanita’ Jadi Kegilaan Di Jepun
Lagi Besar Payudara, Lagi Banyak Dapat Diskaun
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram