Penyanyi kumpulan SHINee itu ditemui tidak sedarkan diri di sebuah apartmen dalam hotel residensi di Cheongdam-dong, Gangnam kira-kira 5.10 petang waktu tempatan.
Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Pusat Perubatan Ahsan.
Sebelum membunuh diri, Jonghyun menghantar mesej kepada kakaknya sebagai petanda niatnya untuk mengakhiri hayat.
Kakak Jonghyun kemudiannya menghubungi pasukan penyelamat pada jam 4.42 petang untuk memberitahu tentang cubaan adik kesayangannya itu untuk membunuh diri.
BACA: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun
BACA: "Segalanya terlalu sukar, tolong benarkan saya pergi" - Mesej terakhir Jonghyun sebelum bunuh diri
BACA: 'Kalau tak suka pun, hormatlah' - Peminat Jonghyun kesal kematian idola diperlekehBACA: "Terima kasih kerana respek dan memahami" - Peminat SHINee puji tweet Imran Ajmain
Dalam rakaman kamera litar tertutup yang dikeluarkan SBS pada Selasa, Jonghyun yang memakai jaket hitam ber'hoodie', dilihat sedang membeli barang di kedai serbaneka di aras pertama hotel tersebut.
Laman Koreaboo memberitahu, pemilik kedai itu berkata Jonghyun membeli sekotak rokok, air berkarbonat dan beberapa makanan ringan lain.
Tambah beliau, itu bukan kali pertama Jonghyun menginap di hotel tersebut.
Portal allkpop pula melaporkan, Jonghyun dikatakan pergi ke kedai tersebut setelah menghantar mesej kepada kakaknya.
TONTON: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun
Seorang pengawal keselamatan di kedai tersebut berkata Jonghyun berdiri dan merenung ke dalam kedai itu agak lama.
"Selepas meletakkan kereta di aras B1, dia berdiri di hadapan kedai serbaneka itu di aras yang sama agak lama.
Selepas mendaftar masuk ke hotel, Jonghyun kembali ke keretanya dan memandu di jalan raya depan bangunan hotel itu.
Dia “membuat bising”, menurut pengawal keselamatan tersebut.
Dia memecut kereta sehingga enjin membuat bising. Beberapa ketika kemudian, jalan raya menjadi senyap dan kereta tersebut masuk kembali ke dalam bangunan.”
Dalam sebuah nota kepada rakannya penyanyi kumpulan Dear Cloud, Nine9, Jonghyun memberitahu tentang pengalamannya bergelut dengan kemurungan.
Jonghyun juga dikatakan menyesal dengan hidupnya yang selalu mendapat perhatian umum.
“Menjadi popular bukanlah kehidupanku,” tulis Jonghyun.
Aku rasa sukar setiap masa. Kenapa aku pilih jalan itu? Sukar dipercayai aku dapat harungi banyak dugaan setakat ini,” tambahnya lagi buat kali terakhir.
Sumber "Menjadi popular bukan kehidupanku" - Jonghyun