Mourinho mengejek Klopp

MANCHESTER: Jose Mourinho memerli perubahan pandangan Jurgen Klopp selepas rakan sejawatnya di Liverpool membelanja 75 STG (RM 409 juta) untuk menandatangani pertahanan Southampton Virgin Van Dijk minggu ini.

Pengurus Manchester United itu mencadangkan sekiranya beliau adalah media, beliau akan bertanya Klopp mengenai komennya 18 bulan lalu, apabila pengendali dari Jerman itu mendakwa tidak akan berbelanja besar sekalipun mempunyai wang yang banyak.

Reaksi Klopp itu terpacul ketika ketika beliau memberi reaksi terhadap keputusan United mengikat Paul Pogba dengan harga rekod termahal dunia STG89 juta (RM 487 juta).

"Anda perlu ingat, Jurgen yang bercakap mengenainya dulu," kata Mourinho menjelang kunjungan Southampton ke Old Trafford, esok.

"Jika saya salah seorang daripada anda, saya pasti akan bertanyakan kepadanya mengenai komen setahun lalu itu.

"Tetapi saya bukan menujukannya kepada kes terbabit kerana bagi saya Liverpool boleh melakukan apa saya yang mereka impikan dan saya tidak berhak mengulas panjang.

"Secara realitinya jika mereka memikirkan pemain itu benar-benar sesuai dan mereka benar-benar mahukannya itulah jumlah yang perlu dibelanjakan, jika tidak mereka tidak akan mendapatkannya."



Sumber Mourinho mengejek Klopp

Post a Comment

Previous Post Next Post