Peminat Elyana dan Dato Seri Vida berperang di media sosial

screen-shot-2017-12-06-at-12-10-19-pm

Kenyataan jujur bekas peserta Gegarvaganza musim keempat, Elyana tentang dirinya yang tidak pernah menggunakan jus Pamoga keluaran Dato Seri Vida (DSV) nampaknya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Elyana membuat kenyataan itu menerusi sesi Instagram Live bersama peminatnya. Ada peminat yang bertanya adakah Elyana benar-benar mengamalkan Pamoga sebagaimana yang dikatakannya di dalam televisyen.

Jawab Elyana dia tidak pernah menggunakan Pamoga malah dia turut mempunyai bukti botol Pamoga itu belum dibukanya.

Kata Elyana dia terpaksa cakap di hadapan kamera yang dia mengamalkan jus Pamoga. Tambah Elyana lagi dia tidak kuasa untuk menolong orang yang bercakap macam-macam tentangnya.

Dari kenyataan Elyana ini, nampak seperti ada yang tidak kena di antara dirinya dan juga DSV.

Di media sosial, peminat dari kedua-dua individu ini mula bertelagah dan berperang di antara satu sama lain.

Ada yang menyokong tindakan Elyana, malah ada juga yang mengecam dengan mengatakan Elyana cuba memalukan DSV. Peminat Elyana pula merasakan DSV tidak berlaku adil pada Elyana dan cuba memanipulasi situasi Elyana untuk meraih keuntungan.

 

Sumber: Suria



Sumber Peminat Elyana dan Dato Seri Vida berperang di media sosial

Post a Comment

Previous Post Next Post