Penyanyi era 80an, Mas Omar dirawat di HKL

PENYANYI era 80an yang kini lebih dikenali sebagai pengurus artis, Mohamad Omar atau lebh dikenali sebagai Mas Omar, 61, dilaporkan telah  dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami sesak nafas dan minor strok tengah hari tadi.

Berita ini dikongsikan anak lelakinya yang dikenali sebagai Mas Yeos menerusi laman Facebook miliknya beberapa jam tadi yang meminta rakan-rakan serta kenalannya mendoakan kesihatan bapanya kembali pulih.

Menurut penyanyi Rohana Jalil yang juga rakan baik Mas Omar, beliau dimaklumkan tentang berita tersebut oleh isteri Mas Omar, Sawiah Ali petang tadi.

“Kata isteri beliau, beberapa hari lalu Mas Omar terjatuh dalam bilik air. Selepas kejadian itu, anak-anaknya telah membawa beliau pergi berurut dan semuanya dalam keadaan yang baik.

“Namun awal pagi tadi ketika bagun dari tidur, beliau mengalami sesak nafas dan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut,” katanya.



Sumber Penyanyi era 80an, Mas Omar dirawat di HKL

Post a Comment

Previous Post Next Post