Perkongsian Kebaikan Produk Berasaskan Susu Kambing Oleh Pengasas I-Sihat, Dr.Zara

#1-Latar Belakang Perniagaan

Dr.Zara mendapat pendedahan dalam perniagaan sejak kecil kerana ibu bapa beliau juga merupakan golongan usahawan. Ibu bapanya mengusahakan perniagaan menjual makanan tradisional dan turut menjalankan perniagaan runcit di rumah.

Pada waktu itu, beliau juga membantu ayahnya berniaga. Dr.Zara mula berminat dengan pernigaan ketika kecil dan menanam semangat untuk menceburkan diri dalam perniagaan ketika besar nanti.

Selepas berkahwin, suami beliau berkongsi minat yang sama dalam perniagaan dan mereka mengusahakan perniagaan berasaskan produk kesihatan dan susu kambing di bawah jenama I-sihat.

#2-Produk Berasaskan Susu Kambing

Beliau mengusahakan perniagaan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan. Di mana beliau dan suami menghasilkan 5 jenis produk berasaskan susu kambing. (i-sihat Orgalac asli, i-sihat Orgalac vanilla, i-sihat  Vachoc 10 PLUS, i-sihat Premium Berry dan , i-sihat G-Storm 360.) Setiap susu ada segmen market dan fungsinya yang tersendiri kepada setiap pengguna.

#3-Keluarkan Produk Jenama Sendiri.

Perniagaan ini diasaskan oleh suami beliau yang juga merupakan seorang doktor. Beliau membantu suaminya sebagai penasihat kesihatan.

Ini kerana, bagi Dr.Zara setiap pengeluar yang ingin mengeluarkan produk makanan/kesihatan/minuman hendaklah mempunyai ‘penasihat kesihatan’ yang dapat memberi panduan dan bimbingan kepada syarikat berhubung isu-isu kesihatan, menjawab segala persoalan pengguna dan mengetahui dengan lebih mendalam berhubung kandungan bahan/mineral/vitamin.

Apa sahaja komposisi produk mereka supaya kempen jualan yang dijalankan lebih telus dan tidak tersasar dari matlamat untuk memberi kebaikan kepada pengguna.

#4-Sebab Ceburi Dunia Perniagaan

Pertama beliau suka akan cabaran. Dari kecil beliau bercita-cita hendak menjadi Dr untuk merawat pesakit. Ketika merawat pesakit juga punya cabaran begitu juga dalam perniagaan.

Dalam perniagaan elemen ini adalah sama di mana cabaran saya adalah dalam membantu masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan dan ingin mengamalkan gaya hidup sihat..

Cabaran membuatkan kita lagi kuat untuk membantu masyarakat luar sana untuk dapatkan produk berkualiti yang boleh menaikkan kualiti hidup. Seringkali kita melihat pengguna kalah dalam memilih produk yang tepat sehingga wang ringgit dibazirkan.

Atas kesedaran itu beliau berusaha membuat kajian untuk memperolehi satu produk yang boleh meningkatkan kualiti hidup serta yang penting ianya mampu milik.

Apabila beliau masuk dalam bidang perniagaan ini beliau dapat meluaskan lagi skop bantuan kepada orang ramai. Rata-rata yang datang kepada beliau dengan pelbagai masalah dan penyakit untuk merawat dengan memerlukan kos yang tinggi.

Oleh yang demikian beliau terfikir kenapa tidak keluarkan satu produk yang dapat membantu pengguna dari segi gaya hidup sihat demi kesihatan pada jangka masa panjang.

Beliau melihat masyarakat hari ini lebih gemar minum minuman berkafein dan tinggi kandungan gulanya kerana itu beliau mahu masyarakat menukar gaya hidup sihat dengan minum minuman atau produk yang membantu meningkatkan kualiti hidup.

Melalui kaedah ini beliau dapat mendidik masyarakat tentang pentingnya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan sebarang penyakit dikemudian hari.

Mencegah lebih baik dari merawat, maka kempen gaya hidup sihat dapat menyelamatkan lebih ramai orang yang terpaksa dirawat dan kerugian wang, masa dan banyak lagi ekoran daripada gaya hidup (pemakanan, minuman, aktiviti seharian) yang tidak sihat yang akhirnya mencetuskan penyakit.

Melalui i-sihat beliau dapat mendekati masyarakat apabila join karnival/booth bagi memberi maklumat kesihatan secara Hands On kepada mereka. Bahkan dapat berinteraksi lebih dekat dengan mereka.

Selain itu, minat yang mendalam sejak kecil melihat ayah beliau berniaga menjadi tekad dan azam dalam diri beliau untuk terlibat sama dalam bidang ini satu hari nanti.

Alhamdulillah, setelah berkahwin dan dikurniakan pasangan yang sama-sama meminati bidang perniagaan ini, maka kami bergabung minat untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik kepada masyarakat di luar saya.

#5-Kelebihan Produk I-Sihat

Produk i-Sihat mempunyai pelbagai variasi susu. . Variasi disini bermaksud I-Sihat tampilkan sesuatu yang berbeza dan sesuatu yang unik untuk semua segmen pasaran.. Di mana setiap produk i-sihat mempunyai segmen market yang mencakupi usia bayi, kanak2, remaja, dewasa  hinggalah warga emas.

Kelebihan produk i-sihat ia didatangkan dengan keunikan yang masih belum ada di pasaran. Pelanggan belum pernah mendapat produk seumpama ini.  Produk Orgalac boleh diperoleh dalam dua perisa, asli dan vanilla. Sasaran penggunanya adalah bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusu.

Pada asalnya Dr.Zara hasilkan susu asli tetapi atas permintaan ibu mengandung yang mengalami alahan bau dan rasa maka saya menambahbaik dengan pilihan rasa susu orgalac vanila.

Susu Orgalac istimewa kerana saya perkayakan dengan vitamin tertentu. Contohnya kolustrum iaitu ibu susu yang tinggi antibodi berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

Terdapat juga multivitamin,DHA untuk merangsang neuron-neuron otak serta BONEPEP  tinggi kalsium untuk membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Susu Vachoc, gabungan perisa coklat dan vanilla. Susu pertama di Malaysia yang mempunyai gabungan dua rasa. Susu ini juga ditambahnilai dengan 10 jenis makanan sunnah seperti kismis, delima, madu, kurma, habatussauda dan lain-lain.

Produk Premiun Berry pula dihasilkan khasnya kepada golongan wanita kerana sasaran utama pembeli adalah golongan wanita.  Wanita sangat sukakan kecantikan. Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan tetapi untuk mendapatkan produk kecantikan luaran dan dalaman yang selamat adalah satu perkara yang memerlukan kerja keras pengguna.

Hasil kajian Dr.Zara terhadap susu kambing mendapati khasiatnya adalah untuk kecantikan kulit. Oleh yang demikian, Dr gabungkan extrak makanan PREMIUM bersama susu kambing untuk membantu pengguna tidak kira wanita atau kaum lelaki mendapatkan kesihatan dalaman & kecantikan luaran .

5 bahan aktif untuk kesihatan kulit seperti astaxanthin, applephenon, collagen, sakura, honey. Digabungkan dengan 10 jenis makanan sunnah yang lain menjadikan jumlah lima belas jenis makanan tambahan dalam susu Premiun Berry ini.

Produk G-Storm dihasilkan setelah saya mendapat ilham  dari sebuah hadis yang mengatakan bahawa “setiap penyakit berpunca dari perut-Ad Dailami”, maka nya terhasillah sesuatu yang istimewa dengan 22 makanan premium untuk membantu dalam masalah berkaitan perut.

22 makanan premium ini rata-rata bersifat alkali dan dapat membantu meneutralkan keasidan perut, melawaskan penghadaman dan dalam masa yang sama dapat bertindak sebagai ‘energy booster’.

Selain itu kelebihan produk i-sihat ini dapat saya rungkaikan dalam slogan i-sihat itu sendiri iaitu TASTY, TESTED & TRUSTED. Tasty kerana ia sangat sedap dan diakui oleh yang mencubanya.

Tested sebab kami telah menguji isi kandungan produk i-sihat ini di 2 buah makmal dan hasilnya sangat menakjubkan di mana susu i-sihat kaya dengan nutrisi spt pelbagai vitamin dan mineral.

Trusted pula merujuk kepada ia di formulasikan oleh team doktor yang terlibat dalam menawarkan sesuatu yang baik kepada masyarakat.

#6- Elemen Penting Dalam Produk Kesihatan

Elemen penting yang perlu ada dalam produk kesihatan ada 2, pertama, PENGIKTIRAFAN –Pengiktirafan merujuk kepada HALAL. Bila kita bercakap soal HALAL ia mesti selamat, bersih dari semua aspek iaitu dari penyediaan bahan, pemprosesan hinggalah siap.

Selain itu, pengiktirafan juga merujuk kepada LAB TEST di mana setiap produk kesihatan hendaklah terlebih dahulu di uji di makmal yang diiktiraf oleh SAMM (skim akreditasi makmal malaysia). Dari ujian makmal inilah maka kita akan mendapat gambaran yang jelas berhubung bahan serta kandungan nutrisi yang TEPAT.

Pengiktirafan dari aspek KKM, BPFK, BKKM juga penting mengikut produk apa yang kita keluarkan. Jika Dr zara produk makanan/minuman ini telahpun mendapat pengkelasan makanan oleh BKKM (bahagian Kawalan & Kualiti Makanan).

Kedua, KESELAMATAN-keselamatan pula merujuk kepada bahan aktif yang kita letakkan dalam produk, peratus kandungan dan adakah ia selamat kepada pengguna? Setiap produk dan bahan ada piawaian yang berbeza spt produk makanan, supplemen, ubat, tradisional mahupun produk kecantikan.

Maka unsur keselamatan dari aspek penggunaan, dos yang bersesuaian dan pre-test sangat penting bagi memastikan produk kesihatan yang keluarkan adalah selamat digunakan kepada semua.

#7-Testimoni Terbaik

Sebenarnya banyak testimoni terbaik yang diterima oleh I-Sihat. Antaranya seorang wanita berumur 20-an di Terengganu yang mengalami kemalangan seminggu sebelum berkahwin dan mengalami patah tulang punggung.

Ibu kepada wanita ini membeli susu Orgalac dan masa 3 minggu Doktor di sana terkejut melihat tulang bercantum dengan cepat dan wanita tersebut mampu berjalan menggunakan alat bantuan.

Kedua, seorang wanita berusia lewat 50-an dari Kuala Lumpur yang mengamalkan minuman kesihatan Premium Berry. Pada awalnya wanita ini mengalami masalah keletihan dan lesu. Dia tidak berupaya bergerak ke tempat yang jauh.

Namun atas inisiatif untuk pulih daripada penyakit yang dihidapinya dia mengamalkan produk keluaran I-Sihat. Dengan kuasa Allah beliau mampu untuk bergerak aktif. Bahkan beliau juga mampu membawa kereta dari Setapak ke Kedah. Kini beliau telah menjadi ejen i-sihat.

Banyak ibu mengandung bagi feedback HB meningkat dan paras Hb stabil lepas amalkan orgalac dan vachoc 10 Plus. Ada juga pasangan yang ikhtiar zuriat, akhirnya mendapat zuriat setelah cuba amalkan vachoc 10 Plus.

#8- Pandangan Tentang Lambakan Produk Kesihatan 

Zaman sekarang terdapat kebanjiran produk kesihatan dan hal ini amat membimbangkan kerana sesetengah produk kesihatan tidak mendapat kelulusan daripada badan sepatutnya dan kandunganya yang mencurigakan.

Kalau dulu produk sebegini ada dijual ditepi2 jalan atau tempat tertentu, sekarang ia telah menular hingga secara online. Maka ia sangat membimbangkan bila melibatkan pengguna. Kerana kandungan bahan yang tidak pasti (tidak diketahui), tiada apa-apa ujian makmal atau pengiktirafan dibuat terus dijual kepada pengguna.

Lambakan produk yang datang dari negara luar, negara jiran yang berbahaya kepada pengguna merupakan ancaman kesihatan. Sebagai contoh susu daripada negara China. Sesetengah susu di campur melamin dan dipanggil susu tiruan. Susu tiada zat dan memberi kesan sampingan kepada pengguna. Produk sebegini amat bahaya dan membimbangkan.

Malah dalam susu kambing juga ada pengeluar yang sanggup meletakkan gula yang tinggi (bagi tujuan memberatkan kandungan susu kambing mereka) dan dijual dengan harga yang murah, Namun ia memberi akibat buruk kepada pengguna.

Ada juga Dr zara dengar susu kambing yg dicampur dengan bahan2 terlarang dan sebagainya. Oleh itu, pengguna sekarang kena bijak. Bijak dalam memilih apa yang terbaik untuk mereka dan keluarga.

Sangat penting sebagai pengguna pelu bijak dalam memilih produk kesihatan yang betul-betul mengikut piawaian yang ditetapkan supaya akan datang tidak memberi kesan sampingan yang merbahaya.

#9- Tips Memilih Produk Kesihatan Yang Selamat

PertamaPELABELAN – setiap produk mempunyai label dan para pengguna mesti lah membaca serta meneliti semua label yang ada di packaging produk sebelum membeli sesuatu produk.

Dari label tersebut para pengguna dapat gambaran jelas isi kandungan bahan, pengiktirafan, pengeluar produk dan maklumat2 berkaitan produk yang ingin dibeli dan diguna pakai.

Kedua, PEMERIKSAAN -Setiap pengguna kena buat self-check dimana kita sendiri kena menjadi pengguna yang bijak (wise consumer) iaitu membuat pemeriksaan adakah produk tersebut mempunyai status HALAL?

Melalui ujian makmal (lab test) di makmal yang bertauliah? Telah mendapat kelulusan dari KKM, BKKM, BPFK dan sebagainya?

Ketiga, SOKONGAN -Produk yang selamat dan berkesan selalunyai mempunyai sokongan. Sokongan disini bermaksud sokongan dari aspek informasi tambahan/ maklumat penting yang pengguna boleh dapatkan lebih lanjut menerusi website atau mana-mana cawangan, care-line, medium perantara yang syarikat gunakan untuk berhubung dengan pengguna.

Selain itu, khidmat penasihat kesihatan yang bertugas dalam memberikan maklumat yang betul dan penting kepada pengguna yang ingin menggunakan sesuatu produk juga penting.

Misalnya di i-sihat Dr zara sendiri berperanan sebagai penasihat kesihatan syarikat bagi memastikan produk yang terbaik dapat dihasilkan dan juga memberi konsultasi percuma kepada para pengguna untuk bertanya lanjut tentang produk, masalah mereka, cara pengambilan dan sebagainya.

Bagaimana Hendak Dapatkan Produk I-sihat?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk keluaran I-Sihat, sila hubungi kami menerusi talian 019 2020 911 atau

Boleh layari website kami www.isihat.com.my

FB : I-Sihat Susu Kambing HQ

IG  : isihat_susukambing_official

Youtube Channel : i-sihat TV  & i-sihat official



Sumber Perkongsian Kebaikan Produk Berasaskan Susu Kambing Oleh Pengasas I-Sihat, Dr.Zara

Post a Comment

Previous Post Next Post