PH Perlis: MB perlu jadi contoh sebelum suruh rakyat berkebun

Pengerusi Ameir Hassan berkata cadangan berkebun di rumah tidak selesaikan masalah kos sara hidup tinggi.

pengerusi-ph-kebunPETALING JAYA: Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man dan para Adun Barisan Nasional (BN) perlu terlebih dahulu berkebun di rumah dan menunjukkan hasil menjadi “hang kebun” agar dicontohi rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan Perlis, Ameir Hassan tidak menolak cadangan kerajaan negeri itu sepenuhnya, namun cadangan itu masih tidak menyelesaikan permasalahan utama yang menyebabkan rakyat dihimpit kos sara hidup yang terlalu menekan.

“Arahan itu kurang wajar, melucukan, sepatutnya menteri besar perlu menasihati perdana menteri supaya mengurangkan beban kepada rakyat dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi,” katanya pada FMT.

“Menteri besar juga sepatutnya meminta kerajaan pusat membuat sesuatu yang lebih produktif membantu rakyat yang tertindas dari segi ekonomi.”

Ahli PPBM itu bagaimanapun tidak menolak cadangan berkebun dari rumah itu sepenuhnya, kerana ia boleh membantu mengurangkan perbelanjaan dapur.

“Sesuatu itu harus dilakukan dengan cara lebih pragmatik, dapat dilihat dengan jelas dan rakyat boleh faham,” kat Ameir. “Kalau sekadar cakap sahaja rakyat bolehlah tanam terung 2 pokok jadi apa kesan ekonominya?”

Ameir mengulas saranan Azlan kepada rakyatnya hari ini, di mana beliau menyarankan mereka berkebun di rumah untuk mengurangkan perbelanjaan dapur.

Azlan berkata cili, sawi, kubis, kangkung dan serai merupakan antara tanaman komersial yang hasilnya boleh dituai dalam jangka masa pendek dan mudah diuruskan.

“Sebelum meminta rakyat berbuat demikian, tunjuk kepimpinan melalui teladan. Mereka perlu menunjukkan contoh yang baik untuk rakyat,” kata Ameir.

Beliau menyarankan kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk memperkenalkan konsep berkebun yang lebih baik, seperti pertanian kelompok.

MB Perlis: Rakyat disaran berkebun, kurangkan belanja harian


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber PH Perlis: MB perlu jadi contoh sebelum suruh rakyat berkebun

Post a Comment

Previous Post Next Post