Semalam mungkin merupakan sejarah hitam buat peminat k-pop. Penyanyi utama Shinee, Jonghyun, 27, didapati tidak sedarkan diri di sebuah apartment dan dihantar ke hospital oleh petugas perubatan. Namun Jonghyun disahkah telah meninggal dunia sebaik saja tiba ke hospital, memnyebabkan peminat-peminatnya bersedih dengan pemergiannya.
Di Instagram, seorang rakan rapat Jonghyun kini cuba untuk memberi sedikit kelegaan buat peminat Jonghyun dengan mengongsi nota terakhirnya. Nota bunuh diri Jonghyun dikirim kepada penyanyi kumpulan Dear Cloud, Nine9, dan penyanyi itu kemudiannya memuat naik nota itu ke Instagram dengan persetujuan ahli keluarga Jonghyun.
Dalam nota itu, Jonghyun memberitahu mengapa dia mengakhiri nyawanya sendiri:
Saya rosak di dalam. Kemurungan yang sebelum ini memamah saya secara perlahan, kini sudah menelan saya sepenuhnya, dan saya tak dapat mengalahkannya dalam pertarungan ini.
Saya bencikan diri saya. Saya dah cuba berpegang pada kepingan memori dan tengking dri saya supaya berpaut pada kepingan itu, tetapi tiada jawapan.
Apa lagi yang boleh saya katakan? Beritahu saya, saya dah berusaha sedaya upaya. Beritahu saya, dah cukup bagus untuk saya sampai sejauh ini. Walaupun anda (peminat) tak mampu tersenyum bila melepaskan saya pergi, tolong jangan salahkan saya.
Saya benar-benar dah mencuba sedaya upaya. Selamat tinggal.
Menurut Nine9, Jonghyun pernah bercakap dengannya mengenai kemurungan yang dialami, malah Nine9 telah memberitahu ahli keluarga Jonghyun tentang perkara ini. Nine9 juga memberitahu Jonghyun sendiri telah memintanya mengongsi nota itu dengan peminat-peminatnya, dan walaupun mencetuskan kontroversi, dia yakin Jonghyun mempunyai sebab tersendiri meninggalkan nota itu.
Semalam, penyiasat menemui kepingan arang yang dibakar dalam kuali apabila mereka tiba di apartment yang disewa Jonghyun, dan mengesyaki penyanyi itu mungkin terbunuh kerana menghidu gas karbon monoksida yang terhasil dari pembakaran arang itu.
Sebelum Jonghyun ditemui, kakaknya telah memberitahu pihak berkuasa mengenai Jonghyun, mengesyaki penyanyi itu bakal membunuh diri. Antara teks yang dihantar kepada kakaknya ialah, “íni ucapan selamat tinggal saya yang terakhir.”
Sumber: beautifulnara.com
Sumber: Allkpop
Sumber Rakan Baik Dedah Nota Bunuh Diri Jonghyun, Ditujukan Untuk Peminatnya