Reezal: Demi jatuhkan PM, Dr M kata Anwar tidak salah

Reezal yakin Anwar dan isterinya tidak mempercayai apa yang dikatakan Dr Mahathir. ― Foto BernamaReezal yakin Anwar dan isterinya tidak mempercayai apa yang dikatakan Dr Mahathir. ― Foto BernamaKEPALA BATAS, 16 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad “bersikap pura-pura paling tinggi” apabila mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, kata ahli Majlis Tertinggi Umno. 

Sedangkan pada 1998, bekas perdana menteri itu memaksa rakyat menghina timbalannya, kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, lapor Utusan Online.

“Tetapi hari ini atas sebab mahu jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau katakan kononnya Anwar tahanan politik tidak bersalah,” katanya.

“Saya secara ikhlas yakin Anwar sendiri tidak percaya pada Dr Mahathir. Isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sama.

“Mereka sekeluarga terseksa, terpisah dan sengsara dengan perbuatan Dr Mahathir,” kata timbalan menteri luar itu lagi.

Dilaporkan pengerusi Pakatan Harapan itu bersama peguam hak asasi manusia Kimberly Motley menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.



Sumber Reezal: Demi jatuhkan PM, Dr M kata Anwar tidak salah

Post a Comment

Previous Post Next Post