SAGA: Erwan, Nur Wazira dinobat olahragawan, olahragawati

ATLET Sandakan, Mohammad Erwan Amir Hamja, dan atlet Tawau, Nur Wazira Izzati Junaidi, dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Sabah (SAGA) 2017.

Walaupun sekadar memenangi dua pingat emas, Erwan, 17, memecahkan rekod kejohanan untuk dua acara yang disertainya itu.

Erwan mencatat rekod baharu acara larian 800 meter dengan masa 1 minit 59.89 saat (rekod lama 2:01.59s) dan 1500m dengan masa 4:21.88s (rekod lama 4:22.51s).

Selain dua pingat emas, Erwan turut merangkul pingat perak bagi acara 4x400m.

Sementara itu, Nur Wazira, 16, dinobat sebagai olahragawati selepas mengumpul empat pingat emas dengan dua rekod baharu dalam acara memanah.

Dia memenangi emas serta mencatat rekod baharu bagi kategori recurve 70m dengan kutipan mata sebanyak 249 (rekod sebelum ini 243) serta kategori recurve 60m dengan kutipan mata sebanyak 271 (rekod sebelum ini 236).

Selain itu, dua lagi pingat emas yang dimenanginya ialah bagi kategori recurve 30m dan recurve campuran 70m.



Sumber SAGA: Erwan, Nur Wazira dinobat olahragawan, olahragawati

Post a Comment

Previous Post Next Post