Beliau meraih undi sebanyak 6613 undian menewaskan pesaing terdekat Candice Lee dan Imran Idris yang juga merupakan rakyat Malaysia, masing-masing mendapat 5,212 dan 5,189 undian.
Menurut Rizal, proses untuk meraih undian adalah sukar apabila terpaksa bersaing dengan peserta yang jauh lebih muda darinya.
"Pada usia 42 tahun, kebanyakkan rakan-rakan saya tidak menggunakan Facebook. Saya perlu menyebarkan maklumat melalui agar ia tular di media sosial."Saya sangat teruja apabila rakan-rakan, sanak saudara, bekas-bekas alumni serta orang luar yang tidak dikenali berhempas pulas untuk membantu beliau meraih undian," katanya semasa dihubungi Astro AWANI melalui WhatsApp, hari ini.
Di dalam cabaran 'Fjällräven Polar', para peserta akan dikehendaki untuk memandu kereta luncur salji anjing dengan sendirinya merentasi hutan gunung bersalji.
Perjalanan yang bermula di pinggir Fjord Norway di Signaldalen dan berakhir di kawasan Jukkasjärvi di Lapland, Sweden.
Sejumlah 20 peserta dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 wilayah bakal menyertai ekpedisi selama seminggu.
Sumber Sah! Rizal Khalif pengendali Malaysia pertama kereta luncur salji anjing