Sekadar 'scroll' Facebook boleh buat anda rasa makin teruk

FACEBOOK mengakui, melayari laman media sosial itu secara pasif dengan hanya 'scroll' dan membaca posting orang lain boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, gergasi media sosial itu memaklumkan, pengguna sebaliknya perlu menggunakan medium tersebut secara aktif.

"Sebagai contoh, di media sosial, anda boleh melayari secara pasif, sama seperti menonton TV, atau secara aktif iaitu berinteraksi dengan kawan-kawan dengan menghantar mesej dan komen.

"Sama seperti di luar, berinteraksi dengan orang yang anda sayangi dapat memberi manfaat, sebaliknya hanya melihat orang lain membuatkan anda rasa makin teruk," kata Pengarah Penyelidikan Facebook, David Ginsberg dan Saintis Penyelidikan, Moira Burke.

Menurut mereka, media sosial boleh memberi manfaat sekiranya teknologi itu digunakan dengan betul.

Selain itu, Facebook turut membidas dakwaan yang mengatakan rangkaian itu telah mengubah cara masyarakat berkelakuan dan meluahkan emosi.

Syarikat itu juga telah mengeluarkan satu kenyataan Selasa lalu membalas kenyataan bekas eksekutifnya Chamath Palihapitiya, yang menyalahkan Facebook kerana 'merosakkan bagaimana masyarakat berfungsi'.

Menurut Facebook, Palihapitiya telah hilang selama enam tahun dan tidak tahu tentang usaha terbaru syarikat itu dalam memperbaiki perkhidmatannya.

Bagaimanapun Palihapitiya pada Khamis telah menarik balik kenyataannya, dan mengatakan Facebook sebenarnya merupakan satu 'kuasa kebaikan untuk dunia'.



Sumber Sekadar 'scroll' Facebook boleh buat anda rasa makin teruk

Post a Comment

Previous Post Next Post