Serangan Hadi terhadap DAP sama seperti momokan Umno

Mujahid Yusof Rawa berkata presiden PAS tidak boleh abaikan hakikat bahawa DAP tidak boleh perintah sendirian.

mujahid-hadi-dap-1

PETALING JAYA: Serangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap DAP sama seperti momokan Umno yang mendakwa orang Melayu akan kerugian jika Pakatan Harapan memerintah.

Awal bulan ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno memberi amaran orang Melayu akan hilang hak istimewa jika pembangkang ambil alih kerajaan.

Umno sering mendakwa PH akan ikut langkah DAP.

Menepis kebimbangan itu, Ahli Parlimen Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata Hadi tidak patut abaikan hakikat bahawa DAP tidak boleh memerintah sendirian dan perlukan izin rakan mereka, iaitu Amanah, PKR dan PPBM.

“Kalau kamu gabungkan ketiga-tiga parti itu, kamu akan dapati orang Melayu merupakan Ahli Parlimen paling ramai dan akan membentuk kerajaan baharu,” katanya kepada FMT.

“Hadi tak boleh hitung?”

Wakil rakyat Parit Buntar itu mengulas kenyataan Hadi kononnya DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan tidak patut bercita-cita menjadi perdana menteri.

“DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya.

“Malah, untuk pemimpin DAP menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-14 turut becanggah dengan realiti di Malaysia yang mana konsep negara Islam mestilah Islam itu berkuasa” katanya lapor Berita Harian.

Mujahid menjawab serangan itu menunjukkan PAS hanya mampu mengikut jejak langkah Umno iaitu memainkan kad kaum dan agama menuju PRU14.

Sementara itu, ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim berkata kelakuan Hadi bermain kad agama semata-mata untuk meraih undi.

Bekas menteri undang-undang itu berkata Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengalami masalah yang sama – mereka takut hilang kuasa pada pilihan raya umum akan datang.

“Mereka terdesak untuk menang, jadi mereka guna agama.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Serangan Hadi terhadap DAP sama seperti momokan Umno

Post a Comment

Previous Post Next Post