Jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman, meluahkan rasa gembira dan bersyukur selepas muzik video (MV) Abang Nak Tegur 2.0 yang dinyanyikannya bersama isterinya sendiri, mula mendapat reaksi positif dari netizen.
"Syukur dah top #1 trending seluruh Malaysia. Baru dua hari dimuat naik dah nak dekat dua juta (penonton).
"Demi peminat, saya buat lagu (muzik video) Abang Nak Tegur versi 2.0," katanya.
Netizen juga memuji video tersebut sangat 'sweet' dan 'ohsem' sehingga ada yang mahu menekan butang like beberapa kali, malangnya tidak dapat berbuat demikian.
Muzik video Abang Nak Tegur 2.0 yang dimuat naik di channel YouTube KRU Music itu sejak 12 Disember telah ditonton 1,930,505 kali dan menerima 225,400 likes berbanding 15,649 dislikes.
Terdahulu, netizen meluahkan rasa kurang senang dengan muzik video pertama lagu berkenaan kerana mempunyai 'suara kepit' yang dianggap menjejaskan lagu tersebut sehingga menerima lebih 300,000 dislikes.
Keadaan itu membuatkan Dato' Aliff berasa tertekan dan mula merayu agar isterinya, Datin Shahida sudi berduet dengannya.
Susulan muzik video kedua menerima reaksi positif dari netizen, Dato' Aliff mempelawa netizen membuat video parodi, smule atau miming lagu Abang Nak Tegur. Malah hadiah berupakan emas akan diberikan kepada dua pemenang yang bertuah.
"Korang jangan lupa buat parodi, smule, miming tau. Sebab selepas muzik video official keluar by next week, saya akan umumkan pemenang.
"Pemenang dua orang, yang akan mendapat hadiah jongkong atau cincin emas," katanya.
Walau bagaimanapun, timbul persoalan dari netizen apakah Dato' Aliff akan mengeluarkan muzik video lagu itu yang dirakam di luar negara bersama Sajat?
Sumber 'Syukur dah top #1 trending seluruh Malaysia' - Dato' Aliff gembira MV Abang Nak Tegur V2 diterima netizen dan bakal lancar MV Official
Tags:
thereporter