Pengunjung boleh menikmati lebih 50 menu di Hotel Bayview Georgetown, Pulau Pinang menerusi pakej istimewa ‘Sunday Super Saver Brunch’. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Masih dalam mood cuti sekolah, apa kata ibu bapa yang ingin membawa anak-anak pergi bercuti sambil menikmati hidangan di hotel boleh memilih sebuah hotel di Pulau Pinang bertaraf empat bintang ini yang menawarkan bufet pada harga 'murah'.
Bagi dewasa, bayaran yang dikenakan hanya RM38 manakala RM9.90 untuk kanak-kanak dan mesej paling penting mahu disampaikan adalah anda boleh makan sepuas-puasnya!
Itulah yang sedang hangat dipromosikan Hotel Bayview Georgetown, Pulau Pinang dalam pakej istimewa ‘Sunday Super Saver Brunch’ yang diadakan setiap Ahad dari jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.
Bertempat di Kafe Kopitiam di tingkat bawah hotel tersebut, setiap pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah makanan tempatan termasuk masakan barat yang dihidangkan secara bufet.
Pasti ramai yang ingin mengetahui apakah juadah istimewa yang disediakan dimana setiap minggu pelbagai jenis atau menu pilihan disediakan khas untuk pengunjung hotel ini.
LEBIH 50 MENU ISTIMEWA
Penolong Pengurus Food & Beverage, Zainal Amri Abdul Aziz berkata, keistimewaan bufet tengah hari ini memang menarik kerana tawaran harganya dianggap cukup murah dibandingkan premis hotel lain.
Menurutnya, pada kebiasaannya untuk bufet makan tengah hari atau malam dianggarkan antara RM50 ke atas dan apa yang pasti promosi istimewa ini antara termurah bagi hotel bertaraf empat bintang di samping lebih 50 menu istimewa disediakan.
“Antaranya adalah Laksa Kahwin yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung dimana ia dihasilkan oleh Chef Eksekutif, Chef Tony dengan gabungan laksa Thailand dengan Pulau Pinang.
“Laksa Pulau Pinang terserlah dengan rasa asam manakala Laksa Thailand asalnya pada lemak putih dan gabugan kepekatan asam dan lemak akhirnya menjadi laksa kahwin. Sesiapa yang merasa pasti akan tambah dua atau tiga mangkuk sekali.
“Begitu juga dengan kelazatan Tofu Fa yang dihasilkan sendiri dari bahagian dapur kami selain sedikit
ramuan halia dicampur untuk membangkit aroma di dalamnya,” katanya.
Zainal berkata, Mua Chee yang merupakan makanan pemanis mulut Cina juga dibuat secara 'homemade' dan lebih menarik, ia disediakan oleh kakitangan Melayu.
Bagi masakan western pula, pelbagai pilihan piza ditawarkan termasuk piza pisang bersalut Coklat, Hawaiian Piza bersama tuna dan piza sambal sosej.
Selain itu juga pelbagai jenis salad, keropok ikan, aneka sup termasuk asparagus bersama kepingan roti bun dan keju.
Tidak ketinggalan hidangan utama, kari ayam kapitan, daging berkunyit, ayam masak lada hitam, otak-otak, pajeri sotong dengan nenas dan bermacam lagi.
Bagi hidangan pencuci mulut, terdapat pelbagai jenis kek antaranya kek pandan, krim karamel, tart telur, sago gula Melaka dan aiskrim.
Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan ‘Sunday Super Saver Brunch’ ini boleh membuat tempahan di talian 04-2633161 samb 246.
Sumber Teringin Makan Di Hotel Pada Harga Murah, Anda Boleh Pilih Datang Ke Sini