Vida puji Aliff, strategi duet dengan Sajat menjadi

Aliff bersama isteri disukai ramai selepas merakamkan semula 'Abang Nak Tegur', lagu ciptaan Edry Abdul Halim. ― Paparan skrin YouTubeAliff bersama isteri disukai ramai selepas merakamkan semula 'Abang Nak Tegur', lagu ciptaan Edry Abdul Halim. ― Paparan skrin YouTubeKUALA LUMPUR, 16 Dis ― Strategi promosi Abang Nak Tegur melalui gandingan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat “berjaya”, kata Datuk Seri Hasmiza Othman.

Walau jumlah tidak suka lebih banyak, namun jutawan kosmetik itu mengakui secara tidak langsung ia membantu mempromosikan lagu ciptaan Edry Abdul Halim.

Hasmiza, 46, tetap berbangga lagu itu “mampu mencapai jumlah tontonan tinggi” di YouTube selepas dirakam semula pengasas D'herbs bersama isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid

“Baguslah... nampak strategi dia berjaya. Mulanya nyanyi dengan Sajat dapat dislike banyak tapi bila duet dengan isterinya, Datin Nur Shahida, ramai pula yang suka.

“Apa yang boleh saya kata, selamat datang ke industri hiburan. Kita dah jadi artis you all,” katanya, yang tampil dengan lagu I Am Me, lapor mStar Online.

Sebanyak 300,000 tanda tidak suka nyanyian Aliff bersama Sajat. Lagu Abang Nak Tegur 2.0 dirakam semula mendapat reaksi positif dan trending sejak 12 Disember lalu.

Pengasas produk Pamoga juga “tidak tergugat dan rasa senang” dengan kehadiran Aliff di persada seni suara kerana masing-masing ada cara tersendiri mempromosi lagu.

“Secara tak langsung, lagu ini mampu mempromosikan produk jualan kami di pasaran,” katanya, masih belum memikirkan untuk bergandingan dengan Aliff dan Sajat.



Sumber Vida puji Aliff, strategi duet dengan Sajat menjadi

Post a Comment

Previous Post Next Post