SEBUAH video memaparkan kejadian di mana beberapa buah kereta terhumban ke dalam longkang besar di Desa Pandan menjadi tular di media sosial, hari ini.
Video itu menyaksikan beberapa buah kereta menjadi ‘mangsa’ longkang berkenaan dalam empat kejadian berasingan.
Perkongsian yang mendapat lebih 96,000 tontonan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.
Justeru, orang ramai diminta agar tetap berwaspada ketika melalui kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti itu berlaku lagi di masa akan datang.
Pihak berwajib seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga seharusnya mengambil perhatian khusus kterhadap permasalahan ini oleh kerana insiden ini berpotensi untuk membahayakan pengguna jalan tersebut jika tiada tindakan drastik dikenakan segera.
Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM
Sumber Video: Longkang ‘Makan’ Kereta Hantui Penduduk Desa Pandan