Willian 'tumbangkan' Stoke

LONDON: Willian menyerlah tanpa kehadiran Eden Hazard tatkala Chelsea membelasah Stoke City 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Kemenangan itu melonjakkan The Blues sementara ke kedudukan kedua liga dengan 13 mata di belakang peneraju Manchester City.

Skuad kendalian Antonio Conte menguasai aksi sejak daripada awal biarpun merehatkan bintang sayap Belgium, Hazard sebagai persiapan berdepan Arsenal minggu depan.

Antonio Rudiger membuka tirai jaringan tuan rumah selepas menanduk masuk bola sepakan bebas Willian seawal minit ketiga.

Danny Drinkwater memastikan Stoke terus tertekan enam minit kemudian apabila melepaskan rembatan cantik daripada jarak 25 meter untuk jaringan pertamanya buat Chelsea.

Chelsea meraih gol ketiga menerusi Willian pada minit ke-23 dan perancang tengah Brazil itu menyumbat gol keduanya menerusi penalti sebelum Davide Zappacosta melengkapkan kemenangan bergaya mereka di hujung permainan. - REUTERS



Sumber Willian 'tumbangkan' Stoke

Post a Comment

Previous Post Next Post