KUALA LUMPUR: Seramai 12,222 mangsa banjir direkodkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Johor, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga tengah malam tadi.
Sumber 12,222 mangsa banjir kini di pusat pemindahan sementara
Menurut portal NDCC, kesemua negeri mencatatkan peningkatan jumlah mangsa.
Jumlah paling ramai direkodkan adalah di Pahang dengan 9,873 orang mangsa, melibatkan 2,690 keluarga.Ini diikuti Terengganu dengan 1,528 mangsa dari 373 keluarga.
Sabah pula mencatat jumlah 567 orang mangsa banjir, terdiri daripada 197 keluarga.
Sementara Johor mencatat 254 mangsa banjir melibatkan 74 keluarga.
Sumber 12,222 mangsa banjir kini di pusat pemindahan sementara
Tags:
Viral AA+