3 Perkara Menarik Tentang Kisah Bagaimana Syarikat Tayar Michelin Menjadi Penentu Pencapaian Bintang Restoran Makanan.

Ingat tayar, ingat Michelin.FIGURA putih dengan badan yang berlipat-lipat, siapa tidak kenal dengan Michelin Man, ikon yang menjadi logo jenama tayar terkemuka dunia, Michelin.

Ia terhasil selepas pengasas Michelin iaitu dua beradik Édouard Michelin dan André Jules Michelin yang ternampak susunan tayar beraneka saiz yang kelihatan seperti badan manusia. Kata Édouard Michelin, ‘Jika ada tangan, ia akan kelihatan seperti manusia’ dan bermula dari situ lah figura Michelin ini dihasilkan.

Ramai orang ingat bahawa Michelin hanya mengeluarkan tayar tetapi dalam masa yang sama Michelin juga turut mengeluarkan produk-produk lain seperti peralatan penerbangan dan tayar pengangkutan angkasa serta menjadi pemegang paten tayar bagi kereta api untuk bergerak di landasan.

Menariknya Michelin juga terkenal kerana panduan yang mereka keluarkan menjadi rujukan bagi chef-chef dan restoran ternama seluruh dunia.

Setiap tahun, Michelin akan mengeluarkan sebuah buku panduan (Michelin Guide) sebagai rujukan kepada tukang masak atau chef seluruh dunia. Mereka yang berjaya menghasilkan makanan yang sedap dan berkualiti akan diberi bintang Michelin sebagai pengiktirafan. Setiap chef memasang impian untuk dapatkan 3 bintang Michelin dalam masakan yang dihasilkan mereka.

Terma Michelin Staratau bintang Michelin digunakan dalam penentuan tahap kesedapan makanan serta servis yang baik sama ada di gerai, restoran mahupun hotel. Baru-baru ini sebuah gerai di Singapura telah mendapat pengiktirafan Michelin melalui penganugerahan Michelin Star.

Bintang Michelin kini menjadi rebutan setiap restoren kerana dianggap sebagai penentuan masa depan restoran, di mana ianya memberikan kesan positif jika memilikinya dan kesan negatif jika gagal mendapatkan bintang tersebu.

Pada tahun 2003, seorang chef berbangsa Perancis, Bernard Louiseau menembak dirinya sendiri apabila tersebarnya desas desus penarikan 3 bintang Michelin restoran beliau.

#1-Mula Berkembang

Ketika tahun 1889, dua orang adik beradik iaitu Andre dan Edouard Michelin membantu seorang penunggang basikal yang muncul di tempat kerja mereka dengan tayar pancit. Pada ketika itu, mereka mengusahakan sebuah kilang getah di Clermont-Ferrand.

Pada ketika itu, untuk membaiki tayar mengambil masa yang lama kerana tayar digamkan terus ke rim. Proses mencabut tayar dari rim adalah rumit dan leceh. Kadangkala menelan masa lebih daripada satu hari. Namun, walaupun berjaya dibaiki, tayar tersebut akan rosak semula.

Rentetan daripada masalah yang dihadapi ketika itu, memberikan idea kepada dua beradik  ini untuk menghasilkan tayar yang tidak perlu lagi digamkan ke rim dan ianya memudahkan proses penyelenggaraan.

Pada tahun 1891, mereka berjaya mencipta tayar tersebut dan membuat paten di bawah Michelin Corporation. Mereka tidak sedar ciptaan mereka itu bakal mengubah pengunaan tayar pengangkutan moden.

Dua beradik ini berharap akan mendapat keuntungan daripada tayar ciptaan mereka. Namun begitu, ketika era 1900-an, jumlah kereta di jalan raya Perancis kurang daripada 3000 buah.

#2-Michelin Guide – Panduan Yang Berguna

Buku panduan iaitu Michelin Guide dihasilkan bagi meningkatkan permintaan terhadap kereta dan tayar. Buku panduan ini terkandung maklumat-maklumat penting seperti peta ke kedai mekanik, hotel dan stesen minyak di seluruh Perancis, serta cara-cara menukar alat gantian kereta.

35,000 salinan dihasilkan dan diedarkan secara percuma. Strategi mereka ini berhasil, buku panduan mereka mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat Perancis kerana manfaat yang mereka dapat.

Pada tahun 1904, mereka menghasilkan buku panduan yang sama bagi Belgium. Sehingga tahun 1911, Michelin Guide turut dihasilkan untuk lain-lain daerah di negara seperti Algeria, Tunisia, Italy, Switzerland, Jerman, Belanda, Sepanyol dan Portugal

Tahun yang sama, mereka turut mengeluarkan sebuah buku panduan yang diberi nama The Countries of the Sun, versi sama Michelin Guide namun bagi bandar-bandar di utara Afrika, Selatan Itali dan Corsica.

Selepas Perang Dunia Pertama, edisi baharu telah dikeluarkan dan terus diedar secara percuma. Sehingga pada suatu hari Andre ternampak buku panduan keluaran syarikatnya yang diletakkan secara bertindih untuk dijadikan kerusi ketika melawat sebuah kedai tayar.

Ketika itu, beliau sedar orang ramai lebih menghargai barang berbayar berbanding yang diberi secara percuma. Akhirnya, mereka mengenakan caj untuk buku panduan tersebut, dengan harga sebanyak 750 francs bagi sebuah buku, bersamaan lebih kurang RM9.00 dengan duit sekarang.

Kerana maklumat yang bermanfaat, ramai sanggup membayar bagi mendapatkan buku panduan mereka. Kini, Michelin mendapat aliran tunai tambahan daripada penjualan Michelin Guide.

Sebelumnya, mereka menjana pendapatan dengan iklan-iklan di dalam buku panduan. Kini dengan aliran tunai sendiri, mereka membuat keputusan untuk ‘mencuci’ buku panduan mereka dengan membuang semua iklan yang ada.

#3-Bemulanya Penggunaan Bintang Michelin

Dalam masa yang sama, mereka menambah baik buku panduan dengan maklumat yang lebih berkualiti dan tepat. Antaranya dengan membuat senarai restoran dalam kategori yang lebih spesifik.

Strategi penyenaraian restoran mengikut kategori mendapat sambutan yang baik dan menjadi semakin popular. Kualiti seksyen restoran di dalam buku panduan ini terus ditambah baik dengan penubuhan sebuah kumpulan ‘penyiasat’ bagi mendapatkan maklum balas dan komen makanan dan servis yang diterima di restoran.

Selalunya kumpulan ini akan mengunjungi restoran sebagai tetamu tanpa mengenalkan diri mereka bagi mendapatkan maklum balas yang jujur dan tepat.

Sejak 1926, Michelin mula menggunakan bintang bersama maklum balas yang diberikan di dalam buku panduan mereka. Pada mulanya, sistem 1 bintang telah digunakan.Selepas 3 tahun, sistem 3 bintang Michelin telah dilahirkan, dan digunakan sehingga kini

Pada tahun 2005, Michelin menghasilkan buku panduan versi Amerika yang pertama, fokus yang lebih kepada bandar New York. Sebanyak lebih kurang 500 restoran yang tersenarai, kebanyakannya terletak di kawasan tumpuan bandar.

Selain restoran, 50 hotel turut tersenarai dalam versi negara tersebut. Pada tahun 2007, Tokyo Michelin Guide telah dilancarkan.



Sumber 3 Perkara Menarik Tentang Kisah Bagaimana Syarikat Tayar Michelin Menjadi Penentu Pencapaian Bintang Restoran Makanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post