Dua lelaki maut, motosikal ditimbus tanah runtuh

Mangsa pertama ditemukan 8.31 pagi manakala mangsa kedua pada 9.28 pagi, kata JBPM. — Foto ihsan Facebook/TawauMangsa pertama ditemukan 8.31 pagi manakala mangsa kedua pada 9.28 pagi, kata JBPM. — Foto ihsan Facebook/TawauKOTA KINABALU, 12 Jan — Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Marak Parak di Kampung Tandahawon di Kota Marudu pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata kedua-dua mangsa itu dikenali sebagai Jaiman Bien, 39, dan Edmond James, 22.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 7.20 pagi tadi dan 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa pertama ditemukan pada 8.31 pagi dan manakala mangsa kedua pada 9.28 pagi. Operasi itu kemudiannya ditamatkan pukul 9.42 pagi,” katanya.

Menurut jabatan itu, mayat kedua-dua lelaki diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. —  Bernama



Sumber Dua lelaki maut, motosikal ditimbus tanah runtuh

Post a Comment

Previous Post Next Post