5 Kesilapan Owner Bisnes Akan Buat Ketika Bina Content Marketing

Menurut Corbett Barr seorang usahawan yang berpengalaman, perkara biasa yang kita sembang dengan rakan bisnes kita ialah mengenai kesalahan yang dibuat bila nak mula berniaga.

Orang yang baru nak mulakan perniagaan mesti nak tahu apa kesalahan yang biasa dibuat untuk dihindari. Orang lama dalam bines pula suka bercakap mengenai perkara yang dapat kembangkan bisnes mereka seperti buat sesuatu yang unik atau berbeza.

Salah satu cara memulakan perniagaan online adalah dengan mengenali 5 kesilapan owner bisnes akan buat ketika  bina content marketing.

#1 – Jangan ‘Direct’ Menjual

Salah satu teknik untuk menjual adalah beri ‘mukadimah’ dahulu kepada pelanggan anda. Jangan terus menjual produk anda kerana kebanyakan pelanggan suka disogok dengan input-input yang berinformasi.

Sebagai seorang content marketing, anda perlu bijak mencuri perhatian pelanggan anda untuk setia membaca apa yang dipost setiap hari. Kaedah sofsell ini akan membantu pelanggan anda diberi ruang dan peluang sebelum diperkenalkan produk kepada mereka.

Jangan tergesa-gesa dalam berniaga. Marketing yang betul akan membuka jalan jual beli yang berterusan. Tidak perlu takut untuk dapatkan sale dengan segera. Perlu ada teknik yang betul. Beri value dahulu kepada pelanggan anda supaya mereka selesa dengan content marketing anda.

#2 – Tulis Topik Bersifat Umum

Selain tu, apabila anda menulis untuk menghasilkan sesebuah content ianya mestilah bersifat umum. general atau UMUM. Kenapa ianya bersifat umum? Supaya semua peringkat usia boleh menikmati bacaan anda dengan baik tanpa ada rasa ragu-ragu.

Anda perlu specifickan topik perbincangan atau pengetahuan kepada audience supaya anda lebih mudah dan senang untuk  fokus kepada masalah yang dihadapi pelanggan. Dan pastinya ianya lebih mudah untuk viral berbanding content bersifat general.

 #3 – JanganTulis Ayat Meleret

Pelanggan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca karangan anda dalam satu masa. Teknik menulis dengan betul juga penting kerana apabila anda menulis ayat yang ringkas tetapi padat ianya lebih terkesan di minda pelanggan.

Jangan menulis ayat yang meleret-leret sehingga mengundang rasa bosan pembaca. Tulis dalam 5 lines untuk 1 perenggan. Gunakan tulisan yang mudah untuk dibaca dan gunakan juga bahasa santai yang tidak memeningkan kepala pembaca anda.

#4 – Tak Consistent

Ini merupakan perkara yang selalu dipandang sebelah mata oleh orang bisnes. Dengan alasan, sibuk, tidak sempat menulis, tiada masa, dan lain-lain lagi. Untuk berjaya anda perlu tanam dalam diri untuk bersikap istiqomah dengan kerja yang dibuat.

Menulis secara konsisten juga akan memupuk diri anda menjadi orang yang berdisplin. Dan yang pasti ada perlu merangka dhulu topik yang hendak dditulis supaya anda tidk terkandas di perhentian yang sama.

Solusinya adalah dengan cara senaraikan topik-yopik dan jenis content yang releven dengan produk dan bisnes supaya mudah buat perancangan.

Kemudian,susun dan jadualkan posting anda mengikut hari dan masa yg sesuai.Untuk dapatkan REACH & ENGAGEMENT yang tinggi, cuba post pada waktu PEAK HOUR.

#5 – Tiada Engagement Dengan Pelanggan

Anda perlu ENGAGE dengan audien untuk dptkan reach dan engagement. Caranya adalah dengan masukkan ayat-ayat  yang engage seperti soalan atau arahan. Masukkan ayat-ayat engagement mcm ini barulah reach post atau content anda naik meroket dengan jayanya.

Contohnya..

  • Anda faham ke?
  • Sila like tanda anda setuju?
  • Sila komen “saya suka”
  • Sila share post..


Sumber 5 Kesilapan Owner Bisnes Akan Buat Ketika Bina Content Marketing

Post a Comment

Previous Post Next Post