Zaman dulu, mesti ramai yang segar diingatan dengan Raja Dangdut yang eprnah menggamatkan dunia seni tanah air iaitu Iwan. Ketika itu, memang lagu dangdut tengah popular dan Iwan antara yang metup-letup namanya.
Kini semua dah berubah, dan Iwan kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan. Malah Iwan juga ada memberi ceramah tentang kesedaran dan pengalamannya berhijrah.
Dalam pada itu, ramai yang tak tahu, hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon popular 80-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor, Iwan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Ramada Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.
Dua anak perempuan Iwan yang lebih dikenali sebagai Oktavia Manrose dan Apreena Manrose, kini menyambung legasi ibu bapanya sebagai anak seni di Malaysia. Kedua-duanya kini sedang menempa nama sebagai pelakon yang hebat.
Baru-baru ini, Aprena Manrose ada memuat naik gambar bersama bapanya, Iwan di Instagram. Bagaimanapun, gambar itu telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang mengkritik penampilan Aprena Manrose yang tidak bertudung serta mewarnakan rambut sedangkan bapanya alim dan berserban.
Terus gambar itu mengundang pelbagai komen dari para netizen dan makcik bawang.
Ini antara komen pedas di laman IG Aprena Manrose:
“Kasihan Iwan kena heret dengan anak sendiri ke neraka sebab tak menjaga auratnya”
Biarpun ramai yang mengecam, ada netizen berpendapat bahawa tiada salah untuk menegur, tetapi biarlah dengan cara lebih berhemah.
In pula komen peminat Aprena Manrose yang lain:
“Hendak menegur tak salah, tetapi ada cara lebih berhemah supaya tidak mengguris hati sesiapa,”
Apa-apa pun, sebagai peminat lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja.
Sumber: Rotikaya / MHE TV
Sumber “Kasihan Iwan kena heret dengan anak sendiri ke neraka sebab tak menjaga auratnya” - Netizen
Tags:
mazeer