5 Langkah Buat Plan Bisnes Tahun 2018 Dengan Mudah dan Cepat.

Walaupun tahun 2018 telah membuka lembaran tetapi ada diantara anda masih termenung memikirkan plan bisnes yang hendak dilakukan. Macam mana nak mula?

Sebagai seorang usahawan atau orang yang ingin mula berbisnes, anda harus tahu membuat business plan . Business plan sendiri adalah dokumen tertulis yang disiapkan oleh usahawan yang menggambarkan semua unsur yang relevan baik internal maupun eksternal mengenai perniagaan yang diusahakan.

Tujuan business plan sebenarnya adalah sebagai guide anda supaya tidak tersasar daripada landasan yang sebenar dalam menjalankan perniagaan. Ianya juga dapat  memberikan gambaran yang jelas daripada apa yang hendak dilakukan oleh usahawan.

Dengan adanya business plan akan membuat seorang usahawan mengetahui arah setiap langkah bisnesnya. Berikut ini kami sajikan cara penyusunan business plan bagi anda.

Dah ada plan, apa tunggu lagi? Bertindak terus! Tak perlu tunggu januari 2018 pun dah nak berbaki beberapa hari lagi. Lebih cepat kita bertindak, lebih cepat kita dapat capai sasaran. Bertindak ikut plan dan bajet yang telah ditetapkan. Anda perlu fokus dan konsisten dalam segala tindakan supaya anda tidak lari dari sasaran.

#1: Letakkan Sasaran

Sasarkan sasaran anda pada penghujung tahun 2018 nanti. Berapakah jumlah sasaran jualan anda. Apakah perancangan yang anda hendak lakukan seperti menambah cawangan kedai, nak jalankan bisnes sepenuh masa, nak dapatkan agen-agen jualan atau lain-lain. Letakkan tarikh akhir anda untuk mencapai sasaran tersebut.

Contohnya, pada 31 Disember 2018, sasaran untung anda adalah sebanyak RM3 juta. Selepas anda letak sasaran, susun apa strategi yang perlu dilakukan untuk capai sasaran tersebut.

#2: Bahagikan Sasaran Kepada Beberapa Fasa

Bahagikan sasaran anda kepada beberapa fasa. Jika sasaran anda adalah jualan dan untung; anda boleh pecahkannya kepada 12 bulan.

Pecahkan bajet anda dalam setahun kepada 4 fasa jika ada pertambahan cawangan atau pelancaran produk baru. Setiap fasa, anda letak deadline nya. Letakkan sasaran yang jelas bagi setiap fasa tersebut.

Contohnya; jika sasaran untung anda dalam setahun adalah RM 3 juta bermakna sasaran untung anda untuk setiap bulan adalah RM3 juta/12 = ‘RM250,000.

#3: Senaraikan Setiap Tugasan Projek

Senaraikan setiap tugasan, projek, resources, strategi, plan B dan risk calculation. Buat senarai bagi setiap fasa. Perincikan setiap tugas projek supaya anda senang nak pantau. Print dan bentangkan bersama team anda. Biar semua orang jelas tentang setiap projek yang hendak dijalankan.

Contohnya, dalam bulan Mei, anda ingin cari 50 agen untuk promosikan produk anda. Jadi, anda perlu lantik sekurang-kurangnya 10 orang staff yang terlatih untuk mencari dan melatih agen-agen ini pada bulan tersebut.

Setiap seorang staff perlu cari 5 orang agen. Setiap agen ini akan dipantau dan diberi segala bahan untuk tujuan promosi. Bonus tambahan akan diberikan kepada agen yang mempunyai prestasi yang memberangsangkan.

#4: Letakkan Bajet Plan

Bajet adalah perkara paling penting kerana ianya melibatkan angka. Berikan bajet bagi setiap fasa tersebut. Bajet untuk staff, bajet marketing, bajet produk dan operasi. Jangan letak bajet cukup-cukup je, letakkan lebih sikit.

Contohnya katakan bajet setiap bulan anda adalah RM 45,000.   Jika plan tahun 2018 anda dibahagikan kepada 4 fasa, kiraanya seperti di bawah;

  • Fasa 1 (Januari – Mac): RM135,000
  • Fasa 2 (April – Jun): RM135,000
  • Fasa 3 (Julai – September): RM135,000
  • Fasa 4 (Oktober – Disember): RM135,000

Untuk setiap fasa, bajet anda adalah RM135,000, bermakna dalam setahun bajet anda adalah;

RM45,000 x 12 bulan = ‘RM 540,000’

#5: Pantau Prestasi Bisnes

Sentiasa pantau prestasi bisnes anda. Jangan biarkan sahaja. Pastikan ianya mengikut plan yang telah dirancang. Jika ada perkara yang berbangkit, dapatkan orang yang pakar untuk selesaikan masalah anda. Jangan tunggu sehingga  berakar umbi masalah baru nak selesaikan.

Contohnya, jika anda ada masalah untuk menggunakan Facebook Ads, cari orang yang pakar. Jika anda ada masalah dalam Copywriting, cari orang yang pakar dalam Copywriting.



Sumber 5 Langkah Buat Plan Bisnes Tahun 2018 Dengan Mudah dan Cepat.

Post a Comment

Previous Post Next Post